Ahli UMNO perlu ada jiwa ’party-man’ – Wan Rosdy

Ahli UMNO perlu ada jiwa ’party-man’ – Wan Rosdy

Semua ahli UMNO dinasihatkan supaya bersatu dalam memperkasakan parti daripada serangan musuh dari luar atau dalam dengan menjiwai semangat ’party-man’.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pegangan menjadi ’orang parti’ adalah fokus utama bagi memperkuat barisan pertahanan parti sekali gus menangkis ancaman musuh.



Jelasnya, pegangan tersebut perlu dijadikan agenda parti keramat ini dalam memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air sebagai kepentingan utama bukannya untuk diri sendiri semata-mata.

”Kita mesti menjadi party-man, yang mana kepentingan parti melebihi kepentingan sendiri.

“Bagi memastikan UMNO terus bangkit, kekuatan jiwa ’party man’ penting dalam merapatkan kembali saf kepimpinan terutamanya menjelang enam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi ‘Townhall Penerangan UMNO’ di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur bersama ketiga-tiga Naib Presiden UMNO hari ini.



Sesi ‘townhall’ itu dikendalikan oleh Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said selaku moderator sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023.

Manakala dua lagi panel sepentas Naib Presiden parti bersama Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Datuk Seri Johari Abdul Ghani. MG

Ahli UMNO perlu ada jiwa ’party-man’ – Wan Rosdy

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dolla mahu terbang tinggi

Ini sebab ramai bau wangi waktu malam



Mia Khalifa Jadi Pensyarah Di Oxford Universiti

Seluar dalam Fify Azmi jadi perhatian



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker