PAU 2023: UMNO bukan lagi parti dominan, perlu bergabung dengan parti lain walaupun berseteru sebelum ini

PAU 2023: UMNO bukan lagi parti dominan, perlu bergabung dengan parti lain walaupun berseteru sebelum ini

Pemimpin dan ahli UMNO perlu menerima gabungan dalam Kerajaan Perpaduan dengan berlapang dada untuk menunaikan tanggungjawab memastikan kestabilan politik, ekonomi dan sosial dapat diwujudkan di negara ini.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, mengingatkan UMNO bukan lagi parti dominan dan tidak boleh bertanding di semua kerusi pilihan raya, termasuk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, sebaliknya perlu bermuafakat dan berkompromi bagi membawa kemenangan kepada Kerajaan Perpaduan.

“Kita bukan saja perlu memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) tetapi juga membantu rakan parti dalam gabungan kerajaan memenangi kerusi masing-masing, seperti mana kita mengharapkan sokongan yang sama daripada mereka.

“Ya, saya tahu, saya faham, ia memang sukar kerana UMNO dengan sebahagian daripada parti dalam Kerajaan Perpaduan sudah lama berseteru, namun dalam mendepani kesukaran ini, ingatlah pepatah Melayu, tidak ada gunung yang tidak dapat didaki, tidak ada lurah yang tidak dapat dituruni.

“Kebangkitan dan kejayaan ini bukanlah sesuatu yang mustahil untuk kita capai,” katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar pada Perhimpunan Agung Wanita UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia di sini, hari ini. BH

PAU 2023: UMNO bukan lagi parti dominan, perlu bergabung dengan parti lain walaupun berseteru sebelum ini

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dolla mahu terbang tinggi

Ini sebab ramai bau wangi waktu malam

Mia Khalifa Jadi Pensyarah Di Oxford Universiti

Seluar dalam Fify Azmi jadi perhatian

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker