Ringgit dibuka lemah, bank pusat global naik kadar faedah

Ringgit dibuka lemah, bank pusat global naik kadar faedah

Nilai ringgit turun berbanding dolar AS pada sesi pembukaan urus niaga pagi ini kerana peniaga menjangkakan langkah bank pusat global terhadap kenaikan kadar faedah nampaknya masih belum berakhir, seorang pakar ekonomi.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.6035/6100 berbanding dolar AS daripada penutupan semalam pada 4.5950/6000.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata naratif untuk dasar monetari lebih ketat nampaknya muncul kembali selepas Reserve Bank of Australia dan Bank of Canada (BoC) mengumumkan kenaikan kadar dasar masing-masing minggu ini.

“BoC tanpa diduga menaikkan unjuran kadar semalaman sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 4.75% selepas mengekalkannya stabil sejak mesyuarat Mac,” katanya kepada Bernama.

Begitu juga, Reserve Bank of Australia menaikkan kadar tunainya sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 4.10% semalam.

Kenaikan kadar menunjukkan bank pusat global belum lagi selesai dengan kitaran kenaikan kadar faedah kerana mereka melihat terdapat keperluan mendesak untuk membawa inflasi kembali ke paras sasaran, kata Afzanizam.

“Sehubungan itu, ringgit boleh bergerak dalam julat kecil sekitar RM4.60 berbanding dolar AS kerana peserta pasaran akan terus mencerna langkah BoC dan bagaimana ia boleh menjejaskan keputusan kadar dasar bank pusat lain,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menambah nilai kepada 3.2899/2947 berbanding yen Jepun daripada penutupan urus niaga semalam 3.2996/3034 tetapi merosot nilai berbanding euro kepada 4.9299/9368 daripada 4.9176/9229 dan lemah berbanding pound Britain menjadi 5.7309/7390 daripada 5.7212/7275 sebelumnya.

Berbanding mata wang Asean lain, ringgit diniagakan rendah.

Nilai tempatan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.4140/4191 daripada 3.4098/4137 pada Rabu, susut berbanding rupiah Indonesia kepada 309.4/309.9 daripada 308.8/309.2 semalam dan merosot berbanding peso Filipina pada 8.20/8.22 daripada 8.19/8.20 sebelumnya.

Bagaimanapun, ringgit lebih tinggi berbanding baht Thai kepada 13.2117/2357 daripada 13.2303/2508 sebelumnya. FMT

Ringgit dibuka lemah, bank pusat global naik kadar faedah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dolla mahu terbang tinggi

Ini sebab ramai bau wangi waktu malam

Mia Khalifa Jadi Pensyarah Di Oxford Universiti

Seluar dalam Fify Azmi jadi perhatian

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker