Kanak-kanak melutut depan ibu di medan selera

Seorang budak lelaki melutut di tepi ibunya di sebuah medan selera di Singapura pada 31 Mei lalu. – Foto Stomp

Seorang wanita membuat anaknya melutut dan meminta maaf kepadanya di hadapan orang ramai di sebuah medan selera di Singapura, lapor laman berita Stomp semalam.

Gambar kejadian itu disiarkan di laman Instagram @sgfollowsall pada 31 Mei lalu.

Menurut catatan di laman itu, individu yang merakam gambar tersebut berkata, ibu berkenaan telah membuatkan anaknya itu berlutut dan meminta maaf kepadanya.

“Cara dia berlutut kelihatan seperti dia telah melakukannya (kesalahan) 100 kali (sebelum ini),” katanya.

Wanita itu juga menjerit kepada budak lelaki tersebut yang turut mengganggu pengunjung di sekeliling mereka.

Pada satu ketika, bapa budak lelaki itu, yang duduk bertentangan dengan mereka memberitahu isterinya agar membenarkan budak lelaki itu makan tengah hari.

“Keseluruhan kejadian ini berlaku selama kira-kira sejam dan ia terasa seperti sejam paling lama dalam hidup saya,” kata seorang individu.

Punca kejadian itu bagaimanapun tidak dinyatakan. – Agensi

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dolla mahu terbang tinggi

Ini sebab ramai bau wangi waktu malam

Mia Khalifa Jadi Pensyarah Di Oxford Universiti

Seluar dalam Fify Azmi jadi perhatian

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker