Lelaki mengamuk baling air panas di kedai nasi dagang (Video)

Lelaki mengamuk baling air panas di kedai nasi dagang (Video)

Seorang lelaki mengamuk dan bertindak melempar bungkusan nasi serta air panas sehingga didakwa terkena seorang kanak-kanak berusia empat tahun.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah kedai makan di Putra Heights, Selangor pada Ahad lalu.

Bagaimanapun, tindakan lelaki itu berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) kedai berkenaan.

Melihat kepada rakaman yang tular di media sosial itu, kedengaran suara lelaki tersebut sedang marah, namun puncanya masih belum dapat dikenal pasti.

Pada masa sama, kedengaran juga suara kanak-kanak menangis sejurus selepas lelaki tersebut membaling bungkusan makanan dan minuman dari tangannya.

Lelaki itu turut dilihat menendang meja beberapa kali selain membaling kerusi dalam kedai makan berkenaan.

Video tular tersebut ternyata mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai dan sehingga kini lebih satu juta tontonan dicatatkan selepas ia dimuat naik menerusi akaun TikTok @darlisnasidagangganu malam tadi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meminta pihak polis segera bertindak ke atas video tular itu.

“PDRM (Polis Diraja Malaysia), sila jalankan kerja anda, video dah ada, muka pun nampak, apa lagi kasi masuk lokap,” kata Dahar.

“Geram pula tengok lelaki itu menjerit-jerit, itu kalau kena anak aku, memang dekat situ juga aku buh (bagi) penyepak (tendang),” ujar Rozana. K Online

Lelaki mengamuk baling air panas di kedai nasi dagang (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul-Puteri Sarah berdamai, tetap kawan baik walaupun bercerai

Tan Sri Syed Mokhtar cium tangan PMX jadi bualan netizen [VIDEO]

Artis cantik Indonesia Ita Rahma mengaku telanjang dalam filem hantu

Kes siasatan terhadap Mahathir lengkap, kini ditangan peguam negara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker