Bontot kanak-kanak bocor ditusuk besi pagar

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun terpaksa menahan sakit kira-kira 20 minit apabila bontotnya tercucuk besi pagar sedalam 15cm di kediaman keluarganya di Taman Seri, Sungai Besar, Sabak Bernam.

Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 6.25 petang tadi.

“Seramai 10 anggota bomba termasuk pegawai dari Balai Bomba Sungai Besar ke lokasi kejadian. Setibanya di lokasi, kanak-kanak itu masih berada di pagar besi rumah berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

“Anggota bomba segera bertindak bagi mengangkat kanak-kanak itu sebelum dibawa ambulans ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk rawatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, ketika kejadian ibu mangsa tiada di rumah dan hanya disedari oleh jiran.

“Menurut jiran, mangsa sering dilihat bermain di atas pagar tersebut,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul-Puteri Sarah berdamai, tetap kawan baik walaupun bercerai

Artis cantik Indonesia Ita Rahma mengaku telanjang dalam filem hantu

Wanita bertudung, pakai ‘mask’ ragut rantai anak di Jom Heboh [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker