Kanak-kanak 2 tahun sawan kerana tertelan cecair vape kini stabil

PUTRAJAYA – Kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang dilaporkan tertelan cecair vape di Bera, Pahang pada 30 Mei lalu kini dilaporkan stabil.

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, kanak-kanak itu kini sudah mampu bernafas tanpa bantuan alat pernafasan dan dipantau pihak hospital.

Menurutnya, siasatan mendapati, mangsa mungkin keracunan nikotin akut susulan penemuan peranti rokok elektronik (vape) pakai buang berdekatan mangsa ketika kejadian.



“Kanak-kanak itu tidak mempunyai sejarah penyakit kronik dan ketika ditemui, mangsa turut mengalami gejala batuk, muntah dan sesak nafas.

“Kanak-kanak ini dipercayai tersedut atau tertelan cecair daripada peranti rokok elektronik jenis pakai buang.

“Kanak-kanak ini seterusnya dirujuk ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh, Pahang kerana memerlukan bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak,” katanya.

Katanya, mangsa juga dilaporkan mengalami sawan sebanyak dua kali ketika dalam rawatan.



KKM berkata, kejadian ini pada mulanya dilaporkan sebagai probable kes EVALI (Electronic Vape Associated Lung Injury) namun, hasil penemuan klinikal didapati tidak memenuhi kriteria EVALI.

Jelasnya lagi, keputusan ujian air kencing mangsa juga menunjukkan kehadiran nikotin pada paras yang tinggi. –

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul-Puteri Sarah berdamai, tetap kawan baik walaupun bercerai

Artis cantik Indonesia Ita Rahma mengaku telanjang dalam filem hantu



Wanita bertudung, pakai ‘mask’ ragut rantai anak di Jom Heboh [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker