PH dan BN perlu lebih agresif kempen di media sosial untuk kekang PN – Nurul Izzah

SEBERANG PERAI – Keagresifan Perikatan Nasional (PN) dalam berkempen di media-media sosial ketika ini seharusnya dianggap sebagai ancaman kepada PH dan BN terutamanya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.

Justeru, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, PH yang kini membentuk Kerajaan Perpaduan bersama Barisan Nasional (BN) juga perlu lebih agresif untuk memenangi hati rakyat melalui medium yang sama.

“Ini antara ‘bahaya’ yang terpaksa kita hadapi sekarang iaitu kehadiran PN yang sangat ‘besar’ dan menonjol dalam media sosial. Begitu sukar sebenarnya untuk menangkis fitnah-fitnah yang sedang menular dalam TikTok dan sebagainya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang di Dewan Orang Ramai Permatang Pasir, Bukit Mertajam yang turut dihadiri Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin hari ini.

Mengulas lanjut, Nurul Izzah yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Pulau Pinang berkata, meskipun PH agak ‘terlewat’ dalam berkempen di media sosial seperti Tiktok namun, semua anggota dan pemimpin parti perlu terus bekerja keras.

Menurutnya, ini bagi memastikan ‘keberadaan’ jentera parti itu di platform berkenaan ‘disedari’ demi memenangi semula hati rakyat khususnya pengundi muda ketika ini.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul-Puteri Sarah berdamai, tetap kawan baik walaupun bercerai

Artis cantik Indonesia Ita Rahma mengaku telanjang dalam filem hantu

Wanita bertudung, pakai ‘mask’ ragut rantai anak di Jom Heboh [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker