PAU 2023: Anwar, DAP dan 60 peratus muka baharu dalam UMNO
KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 membawa perubahan ketara apabila buat kali pertama membariskan kepimpinan baharu yang dilantik bagi sesi 2023/2026 selain menjemput kembali bekas Timbalan Presiden UMNO yang dipecat sebagai tetamu kehormat dan DAP sebagai rakan dalam Kerajaan Perpaduan.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata ini kerana pemilihan yang diadakan pada Mac lalu menyaksikan lebih 60 peratus kepimpinan parti adalah dalam kalangan muka baharu.
“PAU kali ini ada signifikannya yang tersendiri kerana ia adalah PAU selepas kita selesai pemilihan parti dengan membariskan wajah baharu dalam kepimpinan baik di peringkat Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Wanita, Pemuda mahupun Puteri.
“Diharapkan perwakilan yang hadir PAU kali ini dapat memanfaatkan perhimpunan ini dan memperkukuhkan kesepaduan, seterusnya komited dalam perjuangan parti.
“Saya menjangka dengan semangat dan istiqamah kepimpinan dan ahli di semua peringkat, ia dapat manifestasi kesungguhan, komitmen untuk mempertahankan agenda perjuangan UMNO dalam meneruskan pembelaan kepada agama, bangsa dan negara,” katanya seperti dipetik UMNO Online selepas menghadiri raptai acara menaikkan bendera Sang Saka Bangsa di Plaza Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, pagi tadi.
Pemilihan UMNO yang diadakan pada Februari lalu menyaksikan dua muka baharu diberi peluang berada di kerusi Naib Presiden iaitu Menteri Besar Pahang, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, selain Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Muka baharu juga dapat dilihat bagi menerajui Pemuda dan Puteri UMNO.
Jawatan Ketua Pemuda UMNO dimenangi Mohamad Akmal Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau serta EXCO Melaka.
Pada masa sama, bagi jawatan Ketua Puteri UMNO pula diterajui Naib Ketuanya, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi yang menewaskan lima pesaingnya.
Sementara itu, Asyraf berkata, PAU 2023 akan diadakan selama empat hari bermula 7 hingga 10 Jun ini terpaksa diadakan lebih awal sebagai persediaan parti itu menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.
“Ini juga perhimpunan yang bukan saja untuk kita bermuhasabah, tetapi sebagai medan untuk merencanakan gerak kerja bagi menghadapi siri piliha
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Lebih-lebih aku saman – Farid Kamil
- Pewaris sifatkan kenyataan MB Kedah ‘terlalu cerdik’
- Pas tak tahan jadi pembangkang punca mahu sertai kerajaan – Isham Jalil
- Nilai ringgit jatuh, apa Rafizi buat?
- Aksi Jihan Muse Ajar Anak Mengaji Al-Quran Buat Netizen Teruja (Video)
- Pergi rawat sihir, sudahnya kena cabul
- Datuk Tiri ‘Ratah’ Cucu Berusia 6 & 7 Tahun
- Saya bukan mualaf, saya Hui dari China
- Polis tolak saya sambil acu pistol, arah saya ambil beg di hujung katil – Ismahalil
- PAS nak ubah Selangor jadi Kelantan
- Lelaki warga emas cuba jual telefon untuk beli beras, buat netizen menangis [VIDEO]
- Kedudukan ringgit zaman Najib lebih baik, Rafizi tolak rakyat bandingkannya dengan keadaan semasa
- Salah ke saya bercinta dengan suami orang?
- Rashdan serah dokumen berkaitan dana judi PN kepada SPRM
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Individu Saksi Pelakon Lelaki Pukul Teman Wanita Berkali-Kali, Didakwa Memiliki Wajah Soleh
Lelaki Tikam Kekasih 16 Kali, Pukul Dengan Bongkah Batu Depan Orang Awam