Bercinta dengan Tiz Zaqyah, Keith Foo akui memang rapat
Aktor Keith Foo menafikan sedang menjalinkan hubungan cinta bersama pelakon Tiz Zaqyah selepas timbul spekulasi dirinya sedang hangat bercinta dengan aktres tersebut apabila tular video mesra mereka dalam media sosial.
Keith atau nama sebenarnya Foo Chuan Chin, 40, ketika dihubungi Kosmo! berkata, hubungannya dengan Tiz tidak lebih sekadar seorang kawan lama yang telah dikenali sejak 2014.
“Saya dan Tiz sudah berkawan baik sekitar satu atau dua tahun selepas saya meninggalkan Indonesia untuk kembali ke Malaysia lebih sedekad dulu.
“Keakraban kami juga memang sukar untuk disorokkan kerana kami pernah bergandingan dalam drama Jodoh Itu Milik Kita sekitar 2013,”
Bagaimanapun, aktor berdarah campuran Cina dan India itu menerima doa yang baik daripada peminat.
“Perasaan saya biasa sahaja apabila menerima doa-doa orang ramai yang mahu melihat kami bersama.
“Jika ada yang mendoakan baik-baik untuk saya dan Tiz, saya terima sahaja dengan hati terbuka sebab itu perkara baik,” jelasnya.
Ditebak mengenai kekerapan berjumpa pemilik nama lengkap Siti Zaqyah Abdul Razak itu, Keith menafikan tentang perkara tersebut, sebaliknya mereka berjumpa sebagai rakan perniagaannya.
“Kami tidak selalu berjumpa, tetapi ada juga keluar sekali sekala dan melancong bersama-sama.
“Tujuan kami berjumpa pun atas dasar kerja,” ujarnya yang kini sibuk menjalani penggambaran untuk sebuah drama.
Terdahulu, spekulasi perhubungan cinta antara Keith dan Tiz bermula apabila masing-masing memuat naik video mempamerkan kemesraan sambil berpegangan tangan dan berpelukan.
Keith yang terlebih dahulu mencipta nama di Indonesia selama sedekad pernah mendirikan rumah tangga dengan Kim Raymond pada November 2015. Bagaimanapun perkahwinannya tidak bertahan lama selepas bercerai pada Disember 2019.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka memiliki seorang cahaya mata iaitu Skylar Raymond Foo yang kini berusia enam tahun.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Lebih-lebih aku saman – Farid Kamil
- Pewaris sifatkan kenyataan MB Kedah ‘terlalu cerdik’
- Pas tak tahan jadi pembangkang punca mahu sertai kerajaan – Isham Jalil
- Nilai ringgit jatuh, apa Rafizi buat?
- Aksi Jihan Muse Ajar Anak Mengaji Al-Quran Buat Netizen Teruja (Video)
- Pergi rawat sihir, sudahnya kena cabul
- Datuk Tiri ‘Ratah’ Cucu Berusia 6 & 7 Tahun
- Saya bukan mualaf, saya Hui dari China
- Polis tolak saya sambil acu pistol, arah saya ambil beg di hujung katil – Ismahalil
- PAS nak ubah Selangor jadi Kelantan
- Lelaki warga emas cuba jual telefon untuk beli beras, buat netizen menangis [VIDEO]
- Kedudukan ringgit zaman Najib lebih baik, Rafizi tolak rakyat bandingkannya dengan keadaan semasa
- Salah ke saya bercinta dengan suami orang?
- Rashdan serah dokumen berkaitan dana judi PN kepada SPRM
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Individu Saksi Pelakon Lelaki Pukul Teman Wanita Berkali-Kali, Didakwa Memiliki Wajah Soleh
Lelaki Tikam Kekasih 16 Kali, Pukul Dengan Bongkah Batu Depan Orang Awam
You must be logged in to post a comment.