PGA tutup pangkalan haram ke Mundok, selepas tular di TikTok [VIDEO]

PETALING JAYA – Hasrat orang ramai untuk berkunjung ke pasar di Mundok, Sungai Golok, Thailand tidak kesampaian apabila pihak berkuasa menutup kawasan di sekitar sempadan negara itu.

Difahamkan arahan tersebut dikeluarkan oleh pihak Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan berkenaan dipercayai selepas kawasan itu tular di media sosial.

Menerusi perkongsian beberapa individu di media sosial, kebanjiran orang ramai dikawasan itu semakin bertambah sejak musim sekolah yang bermula Jumaat lalu.

Bagaimanapun, hasrat mereka tidak kesampaian apabila rata-rata terpaksa pulang dengan penuh kekecewaan.

Turut kelihatan pasukan keselamatan yang ‘memagar’ kawasan sempadan itu dengan pita amaran dan notis tidak dibenarkan menyeberang ke negara jiran.

Kawasan pasar Mundok menjadi tumpuan orang ramai terutamanya musim cuti sekolah apabila ramai yang mengambil kesempatan untuk membeli-belah dan menikmati juadah masakan thai.

Selain itu, difahamkan harga barangan dan makanan di negara jiran itu juga lebih murah berbanding negara kita dan pilihannya juga lebih banyak.

Susulan penutupan sempadan itu, rata-rata pengguna meluahkan rasa kecewa kerana tidak dapat lagi mengunjungi pasar berkenaan menerusi laluan tersebut.

Dipercayai laluan itu juga adalah laluan haram, namun sering digunakan oleh penduduk setempat dan orang ramai untuk menyeberang ke Thailand.

“Sila tag gak siapa yang viral nak rakam tu. Nak tahu juga tuan belah mana, “tulis @-AIZAWARENZ.

Memang tak boleh masuk, bahagian depan tu yang boleh, belah Rantau Panjang sana boleh,” kata @k.As:sini.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @FuaaEieta.

“Kami datang dari Negeri Sembilan, sekali tak lepas masuk, kereta aku pun ada dekat situ (dalam video viral),” tulisnya.-KOSMO! ONLINE

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tumbuk muka kekasih, gara-gara tak dapat pinjam kereta

Kau ingat hamba abdi kau ke – Reen Rahim

Netizen balun Jabatan Perdana Menteri, tak tahu beza antara padi dan gandum

Pulau Pinang milik Kedah, jadi tiada isu sempadan – Sanusi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker