Bukan 1 tetapi 100 peluru zaman perang ditemui dalam kapal pengangkut China yang ditahan

Lebih kurang 100 peluru ditemukan dalam kapal pengangkut China yang ditahan Maritim Malaysia, kelmarin. – Foto ihsan Maritim Malaysia

Kira-kira 100 butir peluru zaman Perang Dunia Kedua ditemui dalam sebuah kapal pengangkut dari China yang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Sedili, pada Ahad.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim, Nurul Hizam Zakaria berkata, pihaknya dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Warisan Negara (JWN) dan Jabatan Laut Malaysia (JLM) berjaya menemui kesemua peluru yang dipercayai masih aktif.

“Penemuan peluru-peluru melibatkan kerjasama antara agensi terlibat ini dilakukan ekoran penemuan peluru meriam di atas kapal terbabit yang disyaki berasal daripada peluru zaman Perang Dunia Kedua.

“Operasi yang bermula pada jam 8 pagi dan berakhir sekitar jam 4 petang melibatkan dua buah aset APMM bersama 15 pegawai dan anggota, 12 anggota unit Pemusnah Bom IPK Johor, tujuh anggota JWN dan seorang anggota JLM.

“Kesemua peluru pelbagai saiz yang ditemui telah diambil dan dibawa oleh Unit Pemusnah Bom PDRM untuk dimusnahkan. Laporan lanjut berkaitan penemuan ini akan dikeluarkan oleh pihak PDRM,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Katanya, APMM tidak menolak kemungkinan kapal yang berdaftar dari Fuzhou, China ini terlibat dalam aktiviti pencurian bangkai kapal perang lama British di perairan Pahang.

Terdahulu, media melaporkan sebuah kapal pengangkut yang berdaftar dari Fuzhou, China yang membawa muatan besi buruk dan peluru meriam lama ditahan selepas bersauh tanpa kebenaran di kedudukan 20.1 batu nautika timur Tanjung Siang.

Kapal berkenaan ditahan pada jam 12.45 tengah hari oleh anggota Maritim Malaysia, Zon Maritim Tanjung Sedili yang sedang melaksanakan operasi rutin di Perairan Johor Timur.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tumbuk muka kekasih, gara-gara tak dapat pinjam kereta

Kau ingat hamba abdi kau ke – Reen Rahim

Netizen balun Jabatan Perdana Menteri, tak tahu beza antara padi dan gandum

Pulau Pinang milik Kedah, jadi tiada isu sempadan – Sanusi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker