Wang Tidak Dituntut, pemuda terkejut dapat RM37,249

Ibarat ‘orang mengantuk diberi bantal’ apabila seorang pemuda berjaya mendapat wang yang tidak disangka-sangka ketika negara diuji wabak Covid-19 pada 2020 yang lalu.

Melalui satu perkongsian di ruangan komen Twitter, hari ini, pemuda tersebut yang menggunakan nama akaun @chiconazrul menjelaskan dia memperolehi wang tersebut selepas menuntutnya di laman eGUMIS.

“Pernah ‘claim’, masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dulu, sangat membantu ketika itu,” ciapnya sambil berkongsi resit penerimaan Wang Tidak Dituntut (WTD) miliknya berjumlah RM37,249.23.

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna media sosial Twitter @deekay_V2 turut berkongsi kisah sama apabila mengetahui WTD miliknya telah mencecah lebih RM1,000.

Perkongsian seorang pemuda berkenaan sejumlah WTD miliknya berjumlah RM37,249.23.

“Terima kasih kerana berkongsi. Kali terakhir saya semak ada satu amaun sebanyak RM1.52 yang tidak dituntut pada 2012. Namun, apabila saya semak pagi ini, amaun tersebut bertambah lebih dari RM1,000,” tulisnya.

Terdahulu, satu perkongsian di Twitter hari ini menjelaskan orang ramai masih tidak mengetahui mengenai kewujudan laman web egumis.anm.gov.my berkenaan WTD.

Perkongsian tersebut menjelaskan bagaimana WTD boleh disemak dan dituntut oleh penama dalam tempoh hampir sebulan

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tumbuk muka kekasih, gara-gara tak dapat pinjam kereta

Kau ingat hamba abdi kau ke – Reen Rahim

Netizen balun Jabatan Perdana Menteri, tak tahu beza antara padi dan gandum

Pulau Pinang milik Kedah, jadi tiada isu sempadan – Sanusi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker