Premis bela ayam, itik, kambing punca bau busuk diserbu

Keadaan sangkar ayam dan itik yang kotor ketika diserbu DBKL di sebuah premis di Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur, petang tadi.

Tindakan sebuah premis di Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara, di sini memelihara kambing, itik serta ayam menyebabkan bau busuk terbongkar apabila diserbu pihak berkuasa, petang tadi.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan berkata, operasi tersebut diadakan susulan aduan orang ramai kerana premis terbabit memelihara kambing di dalamnya.

Jelas kenyataan itu, siasatan mendapati kejadian itu benar berlaku dan dipanjangkan ke Unit Kawalan Pest.

“Hasil lawatan dan pemeriksaan mendapati, tiada lagi kambing di premis tersebut.



“Bagaimanapun, terdapat ayam dan itik hidup di premis berkenaan sehungga menimbulkan kacau ganggu bau busuk,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah kenyataan itu, adalah menjadi kesalahan memelihara haiwan hidup di dalam premis di bawah Akta Kerajaan Tempatan kerana boleh menyebabkan kacau ganggu.

“Sehubungan itu, satu notis Akta Kerajaan Tempatan di bawah Seksyen 82 dikeluarkan kepada pemilik atau wakil premis berkuat kuasa serta-merta.

“Ops Sitaan yang dilaksanakan turut melibatkan 10 ekor ayam dan tujuh ekor itik.



Tegas kenyataan itu, pemilik atau wakil diberi tempoh empat hari untuk menuntut haiwan sitaan di Unit Kawalan Pest, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Tumbuk muka kekasih, gara-gara tak dapat pinjam kereta

Kau ingat hamba abdi kau ke – Reen Rahim



Netizen balun Jabatan Perdana Menteri, tak tahu beza antara padi dan gandum

Pulau Pinang milik Kedah, jadi tiada isu sempadan – Sanusi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker