Sempat dukung anak sebelum maut kemalangan ke tempat kerja
Seorang isteri tidak menyangka gelagat suami bermain dengan bayi perempuan mereka berusia tiga bulan pagi smlm adalah kenangan terakhir sebelum maut dalam kemalangan ke tempat kerja di Jimah Power Plant, Bukit Pelandok.
Dalam kejadian berkenaan, mangsa, Muhammad Haidir Rodzi, 25, yang merupakan abang sulung kepada lima beradik yang kehilangan ibu dan bapa yang meninggal dunia akibat Covid-19 pada pertengahan tahun 2021 lalu disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.
Menurut isteri mangsa, Siti Rahmah Muslim Sidi, 26, lebih memilukan hati apabila esok genap dua tahun kematian arwah bapa mertuanya, Rodzi Tahar di Hospital Tampin (HT) pada 31 Mei 2021, manakala, ibu mertuanya, Nazita Idris, di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di Seremban pada 6 Jun 2021.
“Saya dapat panggilan dari kawan arwah yang maklumkan arwah meninggal dalam kemalangan sekitar pukul 8.30 pagi smlm
“Pagi smlm sebelum pergi bekerja, anak kami, Nur Kayla Mikayla, yang kebiasaannya masih tidur terjaga dan suami telah mendukungnya sebentar sebelum pergi ke tempat kerja pada pukul 7.20 pagi.
“Lebih kurang lima minit juga mereka berdua bermain. Biasanya kalau sebelum pergi kerja, anak kami masih tidur dan suami hanya memegang anak sahaja.
Kali ini suami dukung dan kelihatan gembira sekali bermain dengan Mikayla,” katanya ketika ditemui di kediaman keluarga di Bandar Sunggala, di sini, hari ini.
Ujar Siti Rahmah lagi yang baharu sahaja berkahwin dengan arwah lebih setahun lalu, tetap akan memikirkan menjaga kebajikan empat adik serta nenek seperti biasa.
Siti Rahmah turut memaklumkan jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Sunggala, 5.30 petang smlm.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Zahid dah serik dengan PAS
- Aksi Panas Kak KM Buat Netizen Tak Senang Duduk
- Watie Hanifiah peserta tertua kursus perkahwinan
- Pulau Pinang milik Kedah? Anwar bidas Sanusi tak faham perlembagaan
- Jom boikot jam Swatch
- Fasha, padam gambar Kazar – Netizen
- Bikini Leona jadi bualan, Azhar Sulaiman masuk komen
- Anak saya kena 50 jahitan di muka – Bapa mangsa buli
- Ingatkan Tunku Azizah tadi
- Anwar tak mau jumpa – Sanusi
- ‘Ustaz Adam’ dah berubah’ siap tunjuk jari tengah (Video)
- Kelibat putih di katil hospital
- Lelaki solat di pekarangan gereja cetus kekecohan
- Hantu buka pintu kepada penyiasat paranormal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Netizen balun Jabatan Perdana Menteri, tak tahu beza antara padi dan gandum