Tang mana ‘untold’?
Tang mana ‘untold’?
Oleh Mohsin Abdullah
Biopik merupakan filem yang diangkat dari kisah nyata dan terkadang ada elemen dramatisasi sesuai dengan pembinikan filem jalan hidup seseorang atau kumpulan pada satu masa tertentu. Filem biografi salah satu genre yang memiliki penggemarnya sendiri.
Begitulah filem “Anwar: The Untold Story”, tetapi ia dianggap dan dilihat umum sebagai kisah politik kerana watak utamanya Anwar Ibrahim. Sekadar menerangkan apa yang memang jelas. Oleh itu orang yang suka Anwar akan suka filem ini. Yang benci Anwar otomatik benci.
Kata seorang anggota kumpulan WhatsApps, “the old man will be angry with the movie”. Orang tua dimaksudkan tentu Dr Mahathir Mohamad. Si pembuat komen bagaimana pun tidak beritahu mengapa “the old man will be angry”. Terpulang intepretasi masing-masing tetapi pasti ramai yang tahu.
Beberapa hari selepas tayangan perdana diadakan ada ‘laporan’ tersebar kononnya Mahathir akan cuba mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang penayangan filem berkenaan di semua pawagam yang dijadual bermula 18 Mei lalu. Sebaik dakwaan itu tercetus saya menolaknya sebagai “fake news” kerana “Mahathir is too smart to do such a thing”. Sebarang percubaaan menghalang penayangan hanya akan menarik minat lebih ramai orang.
Bagaimanapun Khairuddin Abu Hassan, orang kuat Mahathir, menyifatkan filem itu berunsur propaganda “untuk memfitnah dan mencemar reputasi Mahathir”. Berdasarkan kenyataan beliau, boleh disimpul Mahathir punya sebab untuk membenci filem “Anwar: The Untold Story”.
Dakwa Khairuddin lagi, pembikinan filem tanpa proses kaji selidik yang berteraskan fakta serta “misleading”. Kata Zunar, penerbit eksekutif dan penulis jalan cerita filem itu, semuanya berdasarkan fakta. Malah adegan ‘insiden mata lebam’ yang menyaksikan Anwar dipukul dalam lokap polis dan dibiar tanpa rawatan selama lima hari berdasarkan Laporan Suruhanjaya Diraja yang menyiasat insiden itu.
Hakikatnya insiden itu dan semua penderitaan Anwar yang ditonjolkan dalam fiem itu berdasarkan fakta dan sudah diketahui orang ramai. Ertinya semua sudah diberitahu sebelum filem ini terbit. Semua sudah “told”. Lalu saya ulangi tajuk artikel ini mana yang “untold”?
Mungkin ‘tawaran’ Mahathir kepada Anwar supaya letak jawatan jika tidak mahu tindakan diambil ke atasnya? Namun Anwar sendiri sudah mengumumkannya pada beberapa sidang media dan ucapan di depan khalayak setelah dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri pada 1998.
Barangkali yang disifatkan sebagai “untold” ialah beberapa dialog antara watak Anwar dengan Mahathir dan juga arahan menghalang usaha Anwar memerangi rasuah? Yang sebelum ini tidak diketahui rakyat? Wallahualam. Saya belum kesempatan menonton filem ini. Oleh itu kata ini berdasarkan apa yang saya baca di media mengenai beberapa babak dalam filem itu.
Apa pun bagi saya, filem ini agak terlewat. Idea tercetus sejak 2011 iaitu lama sebelum Anwar diangkat menjadi perdana menteri. Waktu itu tiada siapa menjangka beliau akan dilantik PMX sebelas tahun kemudian. Bayangkan jika filem itu diterbit semasa Anwar masih pemimpin pembangkang, adakah mungkin filem mengenainya boleh ditayangkan di negara ini? Dengan cara terbuka? Saya tidak pasti. Mungkin ia diharamkan.
Juga kepada yang bertanya mengapa warga Indonesia dipilih untuk mengarah filem itu, mungkinkah tidak ramai pengarang tempatan yang berminat sekali gus berdepan risiko semata-mata kerana menghasilkan filem mengenai musuh pemerintah? Mahukah mereka bersusah melakukan sesuatu yang mengundang kemarahan pihak berkuasa?
Menurut Anwar, pelakon Farid Kamil yang membawa watak beliau beritahu jika Anwar tidak jadi perdana menteri beliau mungkin terpaksa meninggalkan negara, lantas membayangkan tekanan dan masalah yang barangkali beliau hadapi kerana berlakon dalam filem itu apa lagi sebagai Anwar.
Saya ulangi filem ini agak lewat yakni selepas Anwar jadi perdana menteri walaupun kerja menghasilkannya dimulakan 11 tahun dahulu. Namun jika ia siap awal dan diharamkan seperti dikatakan tadi, ia boleh ditayang di beberapa ‘pentas alternatif’. Netflix umpamanya jika ia diharamkan. Pasti filem itu meletup. Apa pun itu hanya andaian saya.
Berbalik persoalan apa yang tidak “told” yang orang ramai belum tahu? Lebih penting apa yang membuat si pembenci membenci?
Saya petik catatan Facebook kawan lama saya, Kassim Muhamad, seorang jurutera yang juga aktivis seni. Beliau teringat petikan Harvel dan Chomsky.
“Harvel menceritakan penderitaan mereka yang ditangkap, dikurung, dan diseksa oleh aparat sang penguasa dan Chomsky pula menceritakan bagaimana tidak enaknya pihak-pihak tertentu dengan mesej yang dibawa. Pandangan mereka dialih supaya tidak melihat mesej sebenar filem.” FMT
Tang mana ‘untold’?
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin pertimbang saman Anwar
- Jangan berkecil hati, sahabat ku
- Durian serendah RM7 laku keras musim panas
- Syamsul dan Puteri Sarah gagal berdamai
- Pendakwaan mohon semua kes Muhyiddin dibicara bersama
- Sofia Jane macam vampire, tak pernah tua
- Peminat Edit Baju Sweet Qismina Guna AI Jadi Seksi Dan Nampak Lurah
- Aksi spontan Tengku Permaisuri Selangor lihat graduan kembar
- Imam rebah, meninggal dunia selepas set pertama main badminton
- Syamsul, Puteri Sarah usik-mengusik
- Norlia Ghani, Azrel Ismail diminta mohon maaf
- Serbuan Swatch bukan soal warna tapi isu LGBT – Anwar
- Gaduh depan sekolah, polis tahan pelajar
- Syamsul Yusof Tak Tahu Lafaz Cerai Dua Kali Puteri Sarah, Boleh Pulak Macam Tu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik
Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)
Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)
You must be logged in to post a comment.