Tegur isu kalimah ‘Allah’ bukti Umno jaga Islam – Noraini

Tegur isu kalimah ‘Allah’ bukti Umno jaga Islam – Noraini

Umno konsisten memperjuangkan Islam seperti dalam isu kalimah “Allah”, kata Noraini Ahmad, menjawab dakwaan parti itu melupakan perjuangan asal apabila menjadi sebahagian kerajaan perpaduan.

Ketua Wanita itu berkata Umno ditubuhkan antaranya untuk mempertahankan agama dan sejarah membuktikan ia suara akar umbi dan umat Islam apabila timbul isu keagamaan.

“Umno sendiri perjuangkan isu itu. Kalau lihat kenyataan saya sendiri dan juga ketua Pemuda (Akmal Salleh) bermaksud kita takkan biarkan apa-apa isu yang berkaitan dengan agama kita dipersoalkan,” katanya.

Kerajaan perpaduan menggabungkan Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai PKR, DAP dan Amanah; Barisan Nasional (BN) ditunjangi Umno; Gabungan Parti Sarawak dan Gabungan Rakyat Sabah serta beberapa parti lain.

Umno baru-baru ini dikritik seolah-olah melupakan perjuangan asal apabila bekerjasama dengan DAP, yang sering dituduh anti-Melayu dan anti-Islam.

Isu kalimah “Allah” kembali menjadi perhatian selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) baru-baru ini tidak meneruskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, yang pada 2021 membenarkan bahan penerbitan agama Kristian di Sarawak menggunakan kalimah “Allah” secara bersyarat bagi tujuan pembelajaran agama, selepas mendapati terdapat percanggahan antara arahan KDN dan keputusan dasar Jemaah Menteri.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman difailkan Jill Ireland, wanita beragama Kristian dari suku Melanau di Sarawak. Hakim ketika itu, Nor Bee Ariffin, berkata arahan KDN pada 5 Dis 1986 yang melarang penggunaan kalimah “Allah”, “Baitullah”, “Solat”, dan “Kaabah” sebagai tidak konsisten dengan keputusan dasar Jemaah Menteri tahun sama.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata kementeriannya akan mengkaji dan mengemaskini arahan “yang lebih menyeluruh” bagi menangani isu penggunaan kalimah “Allah”.

Umno menerusi kenyataan berkata parti itu mahu Jemaah Menteri membincangkan dan mencapai suatu “”penyelesaian yang menyeluruh”, termasuk pendekatan perundangan dan bukan perundangan.

Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong berkata tiada masalah untuk Umno membangkitkan sesuatu isu, yang setakat ini mendapat perhatian kerajaan dan Anwar.

“Kita tetap suarakan hal berkaitan Islam, isu berkepentingan untuk wanita, keluarga dan masyarakat,” katanya. FMT

Tegur isu kalimah ‘Allah’ bukti Umno jaga Islam – Noraini

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik

Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)

Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)

Syatilla Melvin beri amaran kepada penyondol (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker