Disambar buaya ketika memancing, mayat lelaki berjaya ditemui

Seorang lelaki yang hilang selepas disambar buaya ketika memancing bersama menantu dan birasnya di Sungai Patarikan, Merapok di Lawas ditemui terapung oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) semalam.

Kosmo memetik jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak sebagai berkata, mayat mangsa berusia 51 tahun itu ditemui terapung dengan bentuk fizikal sempurna pada radius 1km dari tempat dia disambar buaya pada 9.53 pagi Sabtu.

Mangsa dilaporkan memancing bersama menantu dan birasnya di Sungai Patarikan kira-kira 5.30 petang Jumaat lalu, sebelum disambar buaya.

Operasi SAR melibatkan pasukan bomba, polis serta penduduk Kampung Patarikan digerakkan bagi mengesan mangsa.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik

Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)

Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)

Syatilla Melvin beri amaran kepada penyondol (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker