Rakyat Malaysia boleh tentukan arah kiblat tepat petang ini

Gambar Hiasan

Rakyat Malaysia boleh menentukan arah kiblat secara tepat menerusi kaedah Istiwa Adzam (kaedah bayang matahari ketika matahari atas kaabah) tepat jam 5.18 petang ini.

Melalui kaedah ini, umat Islam berpeluang menentukan sendiri arah kiblat menggunakan bayang matahari sahaja, dibantu dengan peralatan yang mudah iaitu objek tegak seperti sebatang kayu.

Istiwa’ Azam adalah fenomena yang berlaku apabila Matahari berada diatas titik Zenit sesuatu tempat ketika ia melintasi di Median tempat berkenaan. Ketika Matahari Istiwa di atas Kaabah, bayang-bayang objek di mana-mana tempat di bumi yang menerima cahaya Matahari boleh menjadi panduan arah kiblat.

Fenomena ini berlaku dua kali dalam setahun iaitu pada 28 Mei (5.18 petang) dan 16 Julai, jam 5.28 petang.



Sementara itu, menurut Jabatan Mufti Selangor, pengukuran kiblat tepat oleh orang ramai boleh dilakukan menggunakan apa sahaja objek yang tegak di kediaman masing-masing seperti tingkap dan pintu tepat jam 5.18 jam.

Dalam tutorial yang dikeluarkan di Facebook Jabatan Mufti Selangor, berkata bayang yang jatuh itu adalah menunjukkan arah kiblat

“Jadi apa yang boleh dilakukan kita adalah ambil marker pen atau pembaris, dari arah bayang ke arah objek (yang tegak seperti pagar atau pintu). Itulah arah kiblat kita, Masanya adalah 5.18 petang.

“Sekiranya terlepas (masa 5.18 petang), anda boleh menanda arah kiblat sendiri sekurang-kurangnya dalam tempoh 20 minit daripada masa tadi kerana arahnya masih lagi sama, Insya-Allah,” katanya.



BH pada April lalu melaporkan eksklusif, pelbagai faktor termasuk kesilapan membaca kompas ketika membuat penentuan sendiri arah tempat bersolat, menyebabkan kira-kira 40 peratus daripada 5,000 kediaman umat Islam yang diperiksa sekitar Lembah Klang, tersasar daripada kedudukan kiblat yang tepat.

Keadaan itu menyaksikan ada antara tempat atau ruang solat di sesebuah kediaman itu tersasar sehingga 180 darjah daripada kedudukan sebenar.

Situasi itu dikesan Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor (PAFNS) selepas memeriksa lebih 20,000 kediaman dan premis untuk ditentusahkan arah kiblat masing-masing.

Daripada jumlah itu, PAFNS mendapati hanya 5,000 yang diperiksa mempunyai penanda arah kiblat yang ditanda tuan rumah dengan 2,000 daripadanya jelas terpesong.



Ia kemudiannya, mendapat perhatian Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Datuk Dr Nooh Gadut yang berkata, pihaknya akan memanggil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Negeri, untuk berbincang mengenai isu arah kiblat yang tersasar.

Susulan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata kerajaan akan mengadakan satu kaedah penyelarasan arah kiblat yang tepat sebagai rujukan penting di seluruh negara, sekali gus dijangka menyelesaikan isu menentusahkan arah kiblat dalam ibadat masyarakat Islam negara.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik

Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)



Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)

Syatilla Melvin beri amaran kepada penyondol (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker