Sambutan Majlis Ilmu Madani hangat, hampir 20 ribu orang ambil bahagian

PUTRAJAYA: Lebih 18,000 umat Islam menghadiri Majlis Ilmu MADANI Bersama Perdana Menteri di Masjid Putra di sini semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di masjid itu pada 7.20 malam dan disambut oleh dua tokoh ulama besar dunia Islam iaitu bekas Mufti Agung Mesir Syeikh Profesor Dr Ali Juma’ah Al Azhari serta Pengasas dan Pengetua Dar Al Mustofa di Tarim, Yaman iaitu Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Ben Hafidz.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah disusuli program bacaan maulid.



Anwar dalam ucapannya berkata program itu memberi peluang kepada umat Islam yang hadir untuk bersama-sama mendengar kupasan penuh hikmah dan bijaksana oleh dua ulama tersohor berkenaan.

“Dalam mukadimah mengatakan inilah maksud negara MADANI, kembali kepada asas, menjadikan masjid sebagai pangkalan dari segi ibadah serta ilmu, dan meletakkan semua dasar pendidikan, ekonomi, dengan semangat ihsan dan berakhlak serta amanah supaya benar-benar mengangkat martabat dan darjat umat.

“Bagi rakan-rakan bukan Islam, semangat dan nilai yang dipupuk, akhlak yang ditekankan, ihsan dan rahmah itu akan menjadikan Malaysia ini negara yang berpaut pada Islam tetapi cuba menyantuni semua sebagai kaum keluarga yang boleh bersama-sama secara aman dan penuh hikmah mengangkat martabat, darjat, harakat umat dan bangsa,” katanya.

Syeikh Dr Ali Juma’ah ketika menyampaikan Tausiah pada Majlis Ilmu MADANI bersama Perdana Menteri di Masjid Putra Putrajaya malam tadi.
Majlis diteruskan dengan penyampaian tausiyah oleh Syeikh Dr Ali Juma’ah dan Habib Umar.



Usai penyampaian tausiyah, Perdana Menteri bersalaman dengan para jemaah sebelum meninggalkan majlis pada 9.30 malam.

Majlis Ilmu Madani jadi tumpuan ramai

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik



Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)

Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)



Syatilla Melvin beri amaran kepada penyondol (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker