Polemik sokong calon DAP, UMNO terima penjelasan Mat Maslan

Majlis Tertinggi Umno telah menerima penjelasan setiausaha agung parti Ahmad Maslan mengenai polemik yang timbul susulan kenyataannya mengenai DAP, yang dibuat minggu lepas.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi berkata Ahmad telah menjelaskan kepada kepimpinan tertinggi parti bahawa dia tidak menggesa ahli Umno menyokong calon yang diletakkan kerajaan perpaduan dan bukannya parti DAP.

“Ahmad beri penjelasan bahawa yang dia kata sebenarnya ialah supaya menyokong calon kerajaan perpaduan. Itu sahaja. dia tiada sebut pasal DAP pun. Jadi kita terimalah penjelasan itu. Kita nak kerajaan perpaduan kekal hingga cukup penggal,” katanya.



Puad berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat majlis tertinggi Umno di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur malam tadi

Minggu lalu, Ahmad menggesa penyokong Umno dan BN menyokong gabungan kerajaan perpaduan atau parti komponen lain semasa pilihan raya negeri akan datang.

Dia tidak menyebut DAP secara khusus.

Kenyataannya mendapat kritikan, khususnya daripada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin.



Presiden Bersatu itu berkata seorang pemimpin Umno yang meminta ahli parti menyokong DAP bertentangan dengan prinsip parti.

Ahli Parlimen Pagoh itu menambah, terpulang kepada ahli sama ada mahu menjawab gesaan itu atau tidak.

Rabu lalu, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Isham Jalil dipetik berkata bahawa penyokong parti mungkin berasa “kecil hati” jika dipaksa menyokong calon DAP dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

“Tidak perlu terlalu memuji DAP atau penyokong kita akan berkecil hati, dan itu akan menjadi masalah kepada kita. Kita tidak perlu menjadi pengampu DAP, mereka tidak melakukan perkara yang sama untuk kita.



“Penyokong kita tidak akan menyukainya dan mungkin mengundi orang lain, yang kita tidak mahu,” katanya dipetik The Star.

Isham menambah, dia yakin DAP boleh memenangi kerusi di kubu kuatnya tanpa bantuan pengundi Umno.

Sementara itu, Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin berkata peruntukan kerusi bagi pilihan raya negeri akan dimuktamadkan pada akhir bulan ini.

BN dan Pakatan Harapan bersetuju untuk bekerjasama dalam pilihan raya negeri, berikutan persetujuan mereka di peringkat persekutuan.



Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu dijangka mengadakan pilihan raya negeri pada separuh kedua tahun ini.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik

Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)



Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)

Syatilla Melvin beri amaran kepada penyondol (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker