Filem Tiger Stripes rangkul anugerah utama di Cannes

Filem Tiger Stripes rangkul anugerah utama di Cannes

Filem tempatan berjudul Tiger Stripes arahan Amanda Nell Eu mencatat sejarah menjadi filem Malaysia pertama menang hadiah utama Minggu Kritik Antarabangsa Cannes ke-62.

Menerusi kemenangan itu, Amanda membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM49,602.



Presiden juri penilainya Audrey Diwan ada memberitahu sebuah akhbar bahawa filem terbabit adalah karya pertama yang terus menangkap perhatian mereka.

“Tidak berpura dan tak berkrompomi, Tiger Stripes bukan mencuba untuk senangkan hati. Ia cukup nemuaskan untuk menganggap sepenuhnya perihal istimewa godaannya.

“Ia adalah filem pertama daripada pilihan yang ada kami nampak. Ia sudah melepasi ujian masa,” katanya.

Amanda pula menerusi sebuah hantaran berkongsi nota daripada juri Kim Yutani yang menggambarkan filem itu sebuah karya berkisar tenaga suci haiwan.



“Ini adalah filem yang menyalurkan dalaman menjadi luaran atau sebaliknya. Bagaimana transformasi daripada seorang perempuan yang berdepan ketakutan dan disisihkan. Baik sebagai individu dan masyarakat,” tulis Yutani.

Filem itu akan turut dipertandingan untuk acara Camera d’Or prize, sebuah anugerah khas buat filem rencana terbaik. Pemenang akan diumumkan pada acara penutup Filem Festival Cannes, pada Sabtu.

Tiger Stripes adalah filem keempat Malaysia yang bertanding untuk Minggu Kritik Antarabangsa Cannes sejak 2010. HM

Filem Tiger Stripes rangkul anugerah utama di Cannes



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berebut bilik tidur punya hal, warga emas tetak mati pasangan



Gadis dibunuh dan dibakar, keluarga dedah perilaku mangsa

Hannah Delisha posing mendada



Ronaldo kini raikan jaringan dengan sujud syukur [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker