Baju tidur anak corak tak senonoh
Baju tidur anak corak tak senonoh
Seorang wanita meluahkan perasaan terkejut apabila baju tidur yang dibeli untuk anaknya memaparkan corak yang tidak senonoh.
Menerusi perkongsian di Facebook Anis Syahirah Anis, dia menunjukkan salah satu pakaian tidur yang dibeli untuk anaknya di sebuah kedai borong di Kuala Lumpur.
Dia berkata, akibat rambang mata ketika memilih pakaian membuatkan dia tidak menyedari perkara itu dan menyangka bahawa ia merupakan corak daun.
“Macam mana la kedai pakaian boleh jual corak ini. Anak balik pakai, dia sendiri perasan gambar tak baik lah mama. Mama ingat corak daun berjalar masa di kedai.
“Ya Allah bila tenung-tenung, terkejut. Rosak minda anakku. Nasib ada sehelai lagi belum pakai, nak bawa report (lapor) nanti ke bos kedai,” katanya dalam hantaran tersebut.
Tambahnya, dia berharap agar perkara itu tidak dibiarkan berleluasa kerana dikhuatiri boleh merosakkan minda anak-anak.
“Bayangkan ini saiz ‘pyjamas’ (baju tidur) untuk budak antara usia satu hingga 12 tahun. Apakah niat pengilang nak rosak minda kecil anak-anak?” soalnya.
Sehubungan itu, rata-rata orang ramai mengecam pemborong berkenaan dan menyarankan wanita terbabit untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa.
“Kurang ajar yang buat baju ini. Engkau dah tahu nak buat untuk budak. Buat gambar macam ni pula. Memang tak patut,” kata Hazwani.
“Sekali tengok pun dah boleh perasan. Lagi satu bab tulisan juga. Banyak sangat tulisan lucah, kotor dan rosak akidah. Kita sebagai ibu bapa kena tahu asas bahasa Inggeris,” ujar Zubaibah.
“Buat laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Nanti kena lah serbu dan rampas baru tak buat lagi,” jelas Nur Fadzilah. K Online
Baju tidur anak corak tak senonoh
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin pertimbang saman Anwar
- Jangan berkecil hati, sahabat ku
- Durian serendah RM7 laku keras musim panas
- Syamsul dan Puteri Sarah gagal berdamai
- Pendakwaan mohon semua kes Muhyiddin dibicara bersama
- Sofia Jane macam vampire, tak pernah tua
- Peminat Edit Baju Sweet Qismina Guna AI Jadi Seksi Dan Nampak Lurah
- Aksi spontan Tengku Permaisuri Selangor lihat graduan kembar
- Imam rebah, meninggal dunia selepas set pertama main badminton
- Syamsul, Puteri Sarah usik-mengusik
- Norlia Ghani, Azrel Ismail diminta mohon maaf
- Serbuan Swatch bukan soal warna tapi isu LGBT – Anwar
- Gaduh depan sekolah, polis tahan pelajar
- Syamsul Yusof Tak Tahu Lafaz Cerai Dua Kali Puteri Sarah, Boleh Pulak Macam Tu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik
Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)
Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)