Anak bongsu minta 20 sen beli ais krim sebelum digilis
Anak bongsu minta 20 sen beli ais krim sebelum digilis
MELAKA: “Sebelum kejadian arwah datang minta 20 sen daripada saya yang berada tidak jauh dari tempat kejadian untuk beli aiskrim.
“Selang beberapa minit saya dikejutkan dengan bunyi riuh, saya berlari ke tempat kejadian dan mendapati anak sudah dilanggar lori pasir.”
Demikian luahan pekerja kontrak, Muhamad Qayyum Abdul Aziz, 37, mengenai detik sebelum kejadian anak bongsunya, Nur Qayra Quraisya, 5, maut digilis lori pasir ketika bermain bersama sepupu berhampiran rumah neneknya di Kampung Paya Mengkuang, Batang Tiga, petang semalam.
Dalam kejadian jam 5.25 petang, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.
Muhamad Qayyum berkata, selepas memberi duit dia sempat berpesan supaya Nur Qayra Quraisya yang mesra disapa ‘Adik’ pulang segera ke rumah dan tidak bermain dalam cuaca panas.
“Memang setiap kali pulang dari tadika, dia akan singgah ke rumah emak saya dan semalam saya pun berada di situ melihat rakan membuat kerja-kerja kontraktor rumah di kampung itu.
“Malah, lori yang terlanggar anak saya itu sepatutnya hantar pasir ke rumah berkenaan,” katanya sebak ketika ditemui di Hospital Melaka, tengah malam tadi.
Menurut Muhamad Qayyum, sejak seminggu lalu anaknya menunjukkan perubahan tingkah laku ketara apabila kerap meminta hajatnya ditunaikan dengan cara yang berbeza dan menguji kesabarannya.
“Sebelum ini, Adik tak begitu, tapi sejak saya bercuti seminggu dan meluangkan masa dengannya, sikapnya agak mendesak sedikit dan terlebih manja.
“Malah semalam (kelmarin) ketika makan di sebuah restoran di Klebang, dia tiba-tiba merajuk apabila tidak dilayan, namun saya tidak memarahinya.
“Saya tak sangka rupanya itu petanda dia akan meninggalkan kami sekeluarga,” katanya.
Muhamad Qayyum berkata, dia dan isteri, Faezah Kadir,38, reda dengan kejadian itu dan berharap masyarakat tidak menularkan atau membuat sebarang spekulasi sehingga mengganggu emosi mereka sekeluarga.
“Saya tidak ada apa nak cakap, anak pun dah tak ada. Cuma jangan tularkan benda-benda yang tidak elok dan tolong doakan kebaikan untuk anak saya,” katanya sambil memaklumkan jenazah dikebumikan di Kampung Padang, Malim di sini tengah malam tadi. BH
Anak bongsu minta 20 sen beli ais krim sebelum digilis
Baca Artikel Menarik:
- Permohonan lanjut perintah injunksi Syamsul ditolak
- Jihan Muse menafikan
- PAS yang sebenarnya miskinkan Kedah, Kelantan, Terengganu
- Mana nak lari, tetap kena kahwin
- Sharnaaz Shooting Filem Polis Evo 3 Ketika Rumah Tangga Bergolak
- Ahli politik Indonesia pukul, pijak perut isteri kedua yang sedang hamil
- Lelaki Tumbuk & Tendang Teman Wanita, Paksa Makan Najis Anjing
- Sokongan Umno akan terhakis jika pemimpin terus desak ahli sokong DAP, Isham beri amaran
- Akar umbi Bersatu tak senang tawaran Muhyiddin kepada Khairy
- Khairil Nizam berhalusinasi bila minta Zahid berundur – Al-Hafizi
- Datuk Roy, pegawai SPRM didakwa atas kesalahan berkait anak Muhyiddin
- Bergelut pertahan diri, wanita maut ditikam penceroboh
- Pembantu Rumah Dirantai Majikan Dalam Bilik Air
- Isteri naik hantu, rempuh suami dan penyondol rumahtangga
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Berebut bilik tidur punya hal, warga emas tetak mati pasangan
You must be logged in to post a comment.