Sayang saya bertambah – Farid

Farid Kamil & Diana Danielle Hadir Proses Sulh Kedua

Sayang saya bertambah – Farid

Pengarah dan pelakon, Farid Kamil tiba di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada jam 2.38 petang Khamis, bagi prosiding sulh kedua hari ini.

Farid atau lengkapnya Farid Kamil Zahari, 41, tiba di perkarangan mahkamah dengan memakai baju batik dan bersongkok dengan ditemani oleh peguamnya, Fakhrul Azman Abu Hassan.



Pelakon Anwar: The Untold Story itu berharap agar pada hari ini dia dapat bertemu dan bertentang mata dengan isterinya, Diana Danielle.

Harapan saya masih sama macam dulu rasa sayang masih bertambah-tambah dan saya berharap hari ini dapat kiranya saya berjumpa bertentang mata dengan isteri saya untuk mencari kata putus.

Supaya dapat membesarkan anak-anak seperti kanak-kanak yang lain.

Manakala Diana hadir dengan tenang dan hanya menunjukkan simbol ‘mini love’ kepada media.



Sulh adalah majlis perbincangan bersama antara pihak-pihak yang terbabit dalam suatu pertikaian, membabitkan satu atau lebih tuntutan dengan dipengerusikan oleh pegawai sulh.

Seandainya suatu persetujuan secara damai dapat dicapai secara sukarela antara kedua belah pihak, ia akan direkodkan oleh hakim sebagai satu perintah mahkamah tanpa melalui proses perbicaraan.

Terdahulu, semasa hadir ke prosiding sulh pertama, Farid mengemukakan tawaran perdamaian terhadap Diana dengan jumlah keseluruhan bernilai RM319,700. Antara tawaran yang diberikan termasuk kereta mewah jenis Velfire, barangan kemas, nafkah dan tiket menunaikan Umrah.

Aktor itu berharap tawaran tersebut mampu melembutkan hati isterinya demi masa depan kedua-dua anak mereka.



Pada 20 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari. Alasan diberikan aktres itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana. Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses JKP dan menetapkan 30 Mei depan bagi kedua-keduanya memaklumkan kepada mahkamah mengenai laporannya.

Sekadar info, Farid dan Diana berkahwin pada November 2012. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad dan Aurora.

Sayang saya bertambah – Farid



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berebut bilik tidur punya hal, warga emas tetak mati pasangan



Gadis dibunuh dan dibakar, keluarga dedah perilaku mangsa

Hannah Delisha posing mendada



Ronaldo kini raikan jaringan dengan sujud syukur [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker