Doa untuk mati Syahid
Doa untuk mati Syahid
Meskipun Allah telah menyediakan kepada kita ruang yang terbaik untuk mendapatkan husnul khotimah, tetapi sebagai hamba, kita perlu taat pada perintah Nya dan meninggalkan segala maksiat dan seluruh kenikmatan yang melalaikan di bumi yang sementara ini.
Justeru, andai maksiat yang menjadi ukuran iman di dada seseorang Muslim itu dapat ditinggalkan dengan sebaiknya, Insya-Allah pahala syahid menjadi milik kita, begitu kata Mohamad Faisal Kamis, Pensyarah Jabatan Bahasa Arab di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Islam, Bangi memulakan bicara.
Ingatan ini diberikan kepada sesetengah manusia yang mengejar kesempurnaan semasa pengakhiran, tetapi meninggalkan kewajipan yang utama ketika hidupnya.
Beliau juga menyeru agar kita kembali kepada kalam Allah yang telah tersedia sebagai petunjuk dalam kehidupan. Firman Allah dalam surah an-Nahl: 89
“Dan Kami telah turunkan kepada engkau (wahai Muhammad) al-Quran sebagai penjelas setiap sesuatu sebagai petunjuk, rahmat dan berita gembira bagi orang-orang beriman.”
Malah diingatkan juga kepada kita agar ikhlas dalam setiap apa yang dilakukan. Jangan fikir kepada ganjaran dunia dan Allah taala, tapi buatlah sesuatu amal kebajikan itu atas niat kewajipan kita sebagai hamba dan tanda syukur atas segala nikmat.
Ini yang dilakukan Rasulullah saat ditanya oleh Aisyah r.ha mengapa Baginda sanggup bersengkang mata solat malam hingga bengkak kakinya. Bukankah Allah S.W.T. telah mengampuni segala dosa Baginda baik yang dahulu mahupun yang akan datang. Maka Rasulullah s.a.w. menjawab,
“Tidak bolehkah aku menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur?” (HR Bukhari)
Bersangkut dengan perihal mengejar pahala syahid, Syeikh Muhammad Bazmul ada berkata,
“Adalah tidak benar bagi orang yang keluar berjihad dengan tujuan mendapatkan syahid (mati), sebaliknya hendaklah keluar dengan tujuan untuk meninggikan kalimah Allah (menang), dan jika mendapat syahid, itu adalah kemuliaan daripada Allah untuknya.”
Sentiasa berdoa untuk mendapat syahid
Seperti yang diketahui ramai, doa adalah senjata orang mukmin. Jadi, kita juga boleh berdoa kepada yang Maha Kuasa agar mati sebagai syahid. Dalam sahih Bukhari, diriwayatkan, Umar al Khattab pernah berdoa,
“Ya Allah, anugerahkan mati syahid di jalan Mu, dan jadikan kematianku di negeri Rasul Mu s.a.w.”
Kalau Saidina Umar yang bergelar khalifah pun berdoa seperti itu kepada Allah, maka kita sebagai orang biasa, lebih-lebih lagi disarankan untuk berdoa agar mendapat syahid sekali gus mati dalam keadaan husnul khotimah.
Bukankah Allah itu Maha Mendengar? Jadi jika sering berniat kepada kebaikan, dengan izin Allah, kita akan mendapatkannya.
Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda,
“Barang siapa memohon dengan jujur kepada Allah agar mati syahid, maka Allah akan sampaikan ia kepada kedudukan para syuhada walaupun ia mati di atas tempat tidurnya.” (HR Muslim).
Apa pun bersangka baiklah dengan Allah dan memohonlah kepada-Nya agar kita juga diberi peluang sedemikian. Hakikatnya mati sebagai syuhada, satu kematian yang cukup indah sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.
“Demi jiwaku yang berada di genggaman-Nya, tidaklah seseorang yang terluka dalam berperang di jalan Allah, Allah lebih mengetahui siapa yang terluka dalam peperangan di jalan-Nya, kecuali ia akan datang pada hari kiamat, warnanya seperti warna darah, wanginya seperti wangi kasturi.” Utv
Doa untuk mati Syahid
Baca Artikel Menarik:
- Permohonan lanjut perintah injunksi Syamsul ditolak
- Jihan Muse menafikan
- PAS yang sebenarnya miskinkan Kedah, Kelantan, Terengganu
- Mana nak lari, tetap kena kahwin
- Sharnaaz Shooting Filem Polis Evo 3 Ketika Rumah Tangga Bergolak
- Ahli politik Indonesia pukul, pijak perut isteri kedua yang sedang hamil
- Lelaki Tumbuk & Tendang Teman Wanita, Paksa Makan Najis Anjing
- Sokongan Umno akan terhakis jika pemimpin terus desak ahli sokong DAP, Isham beri amaran
- Akar umbi Bersatu tak senang tawaran Muhyiddin kepada Khairy
- Khairil Nizam berhalusinasi bila minta Zahid berundur – Al-Hafizi
- Datuk Roy, pegawai SPRM didakwa atas kesalahan berkait anak Muhyiddin
- Bergelut pertahan diri, wanita maut ditikam penceroboh
- Pembantu Rumah Dirantai Majikan Dalam Bilik Air
- Isteri naik hantu, rempuh suami dan penyondol rumahtangga
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Berebut bilik tidur punya hal, warga emas tetak mati pasangan