Puan Bariah jual nasi lemak dan mi goreng hanya RM1

Biarpun hidup susah namun ia bukan penghalang buat seorang wanita warga emas menjual nasi lemak dan mi goreng RM1 bagi membantu golongan yang senasib dengannya.

Bariah Sulaiman, 64, dari Taman Jenderam Murni, di sini berkata, setiap hari dia menyediakan 15 bungkus nasi lemak lauk ikan bilis dan 12 bungkus mi goreng kerang sejak 20 tahun lalu.

Katanya, selain dapat menampung kehidupan, Bariah juga berniaga untuk berinfak kepada mereka yang memerlukan.



“Saya mahu membantu orang ramai, biarpun nasi lemak dan mi goreng ini sedikit, namun saya masih mendapat untung sekurang-kurangnya cukup untuk belanja harian.

“Alhamdulillah, setakat ini saya belum rugi, biarpun kadang-kadang hasil jualan tidak habis jadi saya sedekah kepada orang susah di sekitar kawasan ini,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Selain nasi lemak dan mi goreng berharga RM1, Bariah yang berniaga di rumah turut menjual minuman seperti kopi dan teh pada harga sama kecuali gelas bersaiz besar iaitu RM2.

Ditanya mengenai keuntungan, Bariah berkata, walaupun kos bahan mentah meningkat namun dia memperoleh RM37 sehari dan bersyukur dengan jumlah tersebut.



“Saya akan mengekalkan harga itu. Dalam berniaga jangan mengalah, kalau mengalah kita tidak akan berjaya,” katanya yang memulakan perniagaan pukul 7 hingga 11 pagi.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Anwar: The Untold Story jauh mengatasi Mahathir: The Journey

Telan pil Viagra nak ‘main lama’, warga emas temui ajal



Rafizi datang lagi kini dengan formula PADU



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker