Notis sagu hati bocor, AKSB buat laporan polis

Notis sagu hati bocor, AKSB buat laporan polis

Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) membuat laporan polis berikutan kebocoran dokumen sulit yang dikelaskan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972, menurut sumber.

Sumber berkata laporan polis dibuat pegawai undang-undang AKSB terhadap dua hantaran Facebook individu dikenali sebagai Wan Mahussin Wan Zain.

“Difahamkan laporan polis itu dibuat di Balai Polis Kota Bharu, semalam,” kata sumber yang rapat dengan kerajaan Kelantan kepada Malaysiakini.

Pengurus Besar AKSB Nazmi Ghazali Azmi mengesahkan kepada media berkenaan laporan polis yang dibuat namun tidak memperincikannya.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan Wan Mahussin mendedahkan salinan notis yang didakwa dikeluarkan AKSB mengenai pemberian Aidilfitri pada tahun ini.

Notis tersebut antara lain memaklumkan AKSB meluluskan pemberian sagu hati sebanyak RM10,000 kepada semua ahli lembaga pengarah, manakala semua kakitangan syarikat menerima bayaran RM200.

Setiausaha syarikat kepada AKSB pula diberi RM2,000.

Sementara itu Wan Mahussin ketika dihubungi memaklumkan dia dipanggil pihak polis untuk diambil keterangan pada malam ini.

Namun katanya, setakat ini pihak polis tidak memberi penjelasan lanjut ia berkaitan isu apa. Mk

Notis sagu hati bocor, AKSB buat laporan polis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sampai hari ini saya tak makan ‘pisang’ – Tiz Zaqyah

Razman tidak pernah serik

3 siri nombor pendaftaran WP Putrajaya, FF9, FF99 dan FF999 dibeli individu yang sama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker