Menteri ingatkan Exco Kelantan baiki tatakelola AKSB
Menteri ingatkan Exco Kelantan baiki tatakelola AKSB
Satu pertemuan diadakan di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Kelantan dalam usaha menyelesaikan masalah air di negeri itu.
Kelantan diwakili Exco Kerja Raya, Infrastruktur dan Utiliti Kelantan, Azami Mohd Nor dan kerajaan persekutuan diwakili oleh Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.
Dalam satu catatan di Facebook, Azami berkata, pertemuan dengan menteri di Putrajaya semalam adalah susulan pengumuman Perdana Menteri Anwar Ibrahim agar kedua-dua pihak berbincang bagi mengatasi masalah air yang berlarutan sejak sekian lama.
“Alhamdulillah kunjungan kami disambut baik oleh menteri, beberapa perkara mencapai kata sepakat antaranya pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) dan projek penukaran paip di Kelantan.
“Insya-Allah siri-siri perjumpaan teknikal akan terus dibuat nanti, terima kasih kepada semua yang terlibat, rakyat Kelantan yang terus mendoakan. Kami usaha semampu mungkin insya-Allah ,” katanya.
Turut serta dalam pertemuan itu adalah pihak pengurusan tertinggi Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dan pegawai-pegawai kementerian berkenaan.
Terdahulu Anwar dalam kunjungannya ke Kelantan baru-baru ini menegaskan komitmen Putrajaya untuk membantu Kelantan menyelesaikan masalah bekalan air.
Bagaimanapun kata perdana menteri usaha tersebut memerlukan kerjasama sepenuhnya daripada kerajaan negeri.
Sementara itu Nik Nazmi berkata, pihaknya bersedia melihat soal kewangan termasuk pembinaan loji rawatan air dan penggantian paip.
“Namun, saya ingatkan dalam pertemuan itu, sebagaimana jawapan mantan menteri alam sekitar Tuan Ibrahim Tuan Man, tanpa usaha membaiki tatakelola AKSB, permasalahan ini tidak akan selesai,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Sebelum ini, Nik Nazmi mengeaskan masalah bekalan air bersih di Kelantan tidak boleh diatasi hanya dengan peruntukan semata-mata kerana ada faktor lain yang lebih utama perlu ditangani.
“Soal peruntukan memang menjadi sebahagian isu namun perkara utama adalah masalah tadbir urus yang gagal.
“Sebab itu soal peruntukan kita boleh bincang namun jika pengurusan dan tadbir urus AKSB (Air Kelantan Sdn Bhd) tidak selesai, bagilah duit macam mana pun, masalah air di Kelantan tidak akan selesai,” katanya. Mk
Menteri ingatkan Exco Kelantan baiki tatakelola AKSB
Baca Artikel Menarik:
- Langkawi ni Kedah punya – Sanusi
- Pesan Faizal pada Khairy
- Alif Satar Sebak, Anak Perempuan Titip Surat ‘Makan Dalam’
- Ketua kampung temui ajal atas pentas
- Anjur program ‘gang bang’, Kerajaan Johor beri amaran keras jangan buat perkara maksiat
- Watie Hanifiah Soal Shuib – Awak tak malu kan terbawa saya masuk televisyen?”
- Adira Suhaimi dengan madu tersayang
- Kuku dalam pinggan pelanggan, ilmu pelaris atau memang pengotor
- Kahwini pasangan gay, remaja ditemui mati dikhuatiri dibunuh
- Micheal Ang Luah Kesan Sampingan Covid
- Ini dikatakan punca kenapa Zizan Razak masih membujang
- China gam Uncle Roger
- Haji Hadi salahkan UMNO pula atas kegagalan PAS pinda RUU 355
- Bekas anak Perdana Menteri mengadap SPRM untuk siasatan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
3 siri nombor pendaftaran WP Putrajaya, FF9, FF99 dan FF999 dibeli individu yang sama
You must be logged in to post a comment.