Manchester City mahu miliki sejarah terhebat

 

GUARDIOLA akan mengalih tumpuan untuk memenangi trebel iaitu Piala FA dan Liga Juara-Juara selepas tamatnya musim EPL pada 28 Mei ini.

Manchester City hanya berbaki dua perlawanan lagi untuk menjadi pasukan terhebat sepanjang zaman selepas meraih gelaran Liga Perdana Inggeris kali ketiga berturut-turut.

Kekalahan 1-0 Arsenal kepada Nottingham Forest pada Sabtu lepas bermakna City muncul juara buat kali kelima dalam tempoh enam tahun dan kini berpeluang memenangi trebel bersejarah.

Skuad bimbingan Pep Guardiola akan menentang Manchester United dalam perlawanan akhir Piala FA pada 3 Jun, sebelum menentang Inter Milan seminggu kemudian di Istanbul, Turkiye bagi memburu kejua­raan Liga Juara-Juara sulung The Citizens.



Guardiola yang memenangi dua kali Liga Juara-Juara bersama Barcelonan memberitahu, Piala EPL yang kelima dalam tempoh lima tahun, tujuh dalam 12 tahun, ternyata beliau tidak pernah membayangkan menang lima dalam enam tahun.

“Saya rasa kami sudah me­lakukan sesuatu yang luar biasa. Ia sesuatu yang menakjubkan. Peminat bola sepak tahu betapa ia luar biasa.

“Bagaimanapun, untuk dianggap antara yang terhebat, kami perlu memenangi Liga Juara-Juara, jika tidak ia belum lengkap mahupun sempurna.

“Anda perlu menang Liga Juara-Juara untuk dianggap sebagai salah satu pasukan terbaik seperti Manchester United atau Liverpool tetapi tidak adil juga untuk mengatakan jika kamu tidak menang di pentas Eropah, Liga Perdana buka apa-apa, ia tidak masuk akal,” kata Guardiola.



United adalah pasukan ter­akhir memenangi lima kejuaraan dalam enam musim, antara 1996 dan 2001 termasuk trebel iaitu Liga Perdana, Piala FA dan Liga Juara-Juara pada 1999.

United juga memenangi tujuh gelaran dalam sembilan musim antara 1993-2001 serta lima gelaran dalam tujuh musim antara 2007-2013. Sebelum itu, Liverpool pada akhir 1970-an dan awal 80-an menikmati gelaran liga berturut-turut yang serupa

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anwar: The Untold Story jauh mengatasi Mahathir: The Journey

Telan pil Viagra nak ‘main lama’, warga emas temui ajal



Rafizi datang lagi kini dengan formula PADU



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker