Emma Maembong upah bidan jaga selepas bersalin 

Tak berpantang sampai tumpah darah palsu

Emma Maembong upah bidan jaga selepas bersalin 

Emma Maembong upah bidan jaga selepas bersalin 
Emma tampil perjelaskan isu tak berpantang dengan cara yang betul.

PELAKON Emma Maembong meluahkan rasa kecewa apabila netizen menuduhnya tidak berpantang dengan cara betul selepas melahirkan anak keduanya iaitu Shakil Aryan Shah pada 10 Mei lalu.

Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 31, berkata, dia pada awalnya malas melayani komen tersebut namun tuduhan dilemparkan tidak berasas sehingga merasakan dia perlu tampil memberi penjelasan.

“Saya tak faham kenapa isu saya berpantang ini ‘beriya’ sangat (diperkatakan). Sesiapa yang nasihat saya secara baik, saya fikir mungkin mereka sayang dan ambil berat.



Tapi ada yang beriya-iya komen sampai macam marah… seolah-olah mereka duduk sebelah saya dan tahu saya berpantang atau pun tidak,” katanya menerusi perkongsian di TikTok.


Baca Artikel Menarik:

Amyra Rosli – Saya sayang suami kerana Allah


Emma Maembong upah bidan jaga selepas bersalin 
Emma tampil perjelaskan tuduhan tak berasas netizen.

Jelas Emma, dakwaan dia menangis dan tumpah darah tidak benar malah keadaan kesihatannya dalam keadaan baik sejak melahirkan anak.



Bukan itu sahaja, dia juga mendapatkan khidmat pakar untuk menjaganya sepanjang tempoh berpantang.

“Alhamdulillah saya sihat, tiada pun sampai yang kata saya menangis, tumpah darah… itu semua palsu. Saya berpantang, jangan risau.

“Saya berpantang dengan confiment lady. Dan Saya dah buat semua benda seperti bertungku, tangas, urut, sauna dan pakai bengkung,” jelasnya.

Tidak mahu netizen salah anggap lagi, Emma menjelaskan bahawa dia tidak mengalami sebarang luka semasa melahirkan anaknya membuatkannya mampu aktif seperti biasa.




Baca Artikel Menarik:

Zara Zya Sudah Penat Dengan Soalan Netizen Sehingga Menggores Hatinya

 


Malah dia juga berhati-hati dalam menjaga pergerakkan sekali gus berharap netizen memahami agar bahawa setiap orang mempunyai cara tersendiri dalam berpantang.



Saya bersalin secara normal tapi tiada yang koyak dan tak kena jahit. – EMMA MAEMBONG (PELAKON)

“Alhamdulillah daripada anak pertama sampai anak kedua, saya bersalin secara normal tapi tiada yang koyak dan tak kena jahit. Jadi, saya geraklah sikit-sikit. Sebenarnya ikut atas badan masing-masing.

“Saya dah biasa kerja. Masa saya mengandung pun saya kerja dan aktif. Bila aktif saya cepat sihat dan cepat sembuh sebab pemakanan pun kena jaga.

“Cuma saya taklah sertai marathon. Takkanlah sebab orang lain tak boleh nak bangun atau bergerak, dia nak samakan dengan saya. Tak payah beriya-iya samakan cara orang berpantang,” ujarnya.


Baca Artikel Menarik:

Che Ta Dan Suami Undang Perhatian Netizen




Emma Maembong upah bidan jaga selepas bersalin 
Aksi Emma dukung anak sulung selepas bersalin jadi perhatian.

Sebelum ini, aksi Emma yang bersahaja mengendong anak sulungnya iaitu Shariq Gabriel, 2 tahun semasa majlis aqiqah putra keduanya meriah perhatian ramai.

Pada 10 Mei lalu, suami Emma iaitu Muhammad Shazli memaklumkan isterinya selamat bersalin secara normal dan anak kedua mereka itu dilahirkan dengan berat 3.4 kilogram.

Untuk rekod, Emma mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Shazli pada 20 Februari 2020.




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker