Pakai rantai dan dedah dada, Naufal Azrin akui masih Islam dan solat lima waktu

Naufal Azrin pada konsert Big Stage musim kelima (BS5) minggu pertama,

Selepas ditegur memakai rantai dan mendedahkan bahagian dada pada konsert Big Stage musim kelima (BS5) minggu pertama, Naufal Azrin terus menerima kecaman apabila menunjukkan bahagian bawah ketiak minggu kedua program realiti tersebut hujung minggu lalu.

Akui Naufal, klimaks ditonjolkan sekadar gimik yang bersesuaian dengan penceritaan lagu bersandarkan melodi serta lirik berkaitan perasaan orang muda yang mudah ‘koyak’.

“Pilihan baju dan penampilan adalah hasil perbincangan saya bersama banyak pihak, begitu juga dengan gimik persembahan ketika membawakan lagu Generasiku (OAG).

“Persembahan pada malam itu adalah nak tunjukkan generasi saya yang mudah koyak. Pilihan persalinan memang tengok kepada lagu.



“Saya masih Islam, solat lima waktu wajib. Penampilan saya hanya dalam pertandingan yang kena dengan konsep persembahan selain bagi saya keyakinan.

“Gaya ini untuk Big Stage sahaja. Keluar daripada program saya kembali menjadi Naufal Azrin. Saya adalah penyanyi, bukan nasyid atau pop. Saya tiada kategori tertentu,” katanya pada sidang media selepas konsert kedua, Ahad lalu.

Pada masa sama, penyanyi yang pernah menyertai kumpulan nasyid Zayne turut mendedahkan serba salah apabila diselamatkan daripada penyingkiran oleh juri tetap, Ajai dan Aina Abdul dengan menggunakan Imuniti X.

Awalnya, dia pasrah apabila melihat namanya antara tiga peserta terbawah selain menganggap bukan rezeki meneruskan perjuangan dalam pertandingan membabitkan BBNU (Budak Baru Nak Up) itu.



“Masa nama saya keluar, saya dah pasrah dan anggap mungkin ada rezeki di tempat lain.Tetapi bila juri selamatkan saya dengan menggunakan Imuniti X, saya bersyukur.

“Cuma saya tetap berduka sebab kehilangan Isaac Voo. Sejujurnya saya tak terfikir Isaac atau Aufahanie yang keluar, sebaliknya saya,” katanya.

Terdahulu, persembahan peserta berusia 23 tahun itu kurang menambat hati juri hingga meletakkannya di zon bahaya yang mencatat markah terendah bersama Isaac dan Aufahanie.

Namun atas kuasa Imuniti X yang diberikan kepada juri, Naufal dapat terus mara ke minggu seterusnya dan Isaac terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada 12 peserta lain.



Disebabkan situasi tersebut, penyanyi Casablanca itu diserang peminat Isaac dalam laman sosial yang membuatkannya turut meluahkan permohonan maaf.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pernah nampak arwah berjasa – Rita Rudaini

Diana beri bayangan hubungan dengan Farid



Ustaz Don Suruh Dengar Lagu Coldplay ‘Fix You’ (Video)

Mawi muntah darah, mati sekejap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker