Suami curang langgar isteri, bengang ditangkap ketika sedang ‘menyedap’

Orang ramai menyerang si suami kerana melanggar isterinya menggunakan kereta. – Instagram

Gara-gara bengang ditangkap berkelakuan curang dengan wanita lain, seorang suami di Cikarang, wilayah Jawa Barat bertindak nekad memandu kereta dan merempuh isterinya, lapor laman berita Tribunnews hari ini.

Berdasarkan video tular di media sosial, sebuah kereta berwarna merah dilihat diserbu oleh orang ramai. Mereka berang dan mengetuk kenderaan itu.

Orang awam juga membelasah lelaki yang merupakan pemilik kereta itu. Turut kelihatan adalah seorang wanita bertudung yang cuba meleraikan orang ramai.

Tidak lama selepas itu, seorang lagi wanita berambut panjang dilihat keluar dari tempat duduk penumpang hadapan kereta itu.



Menurut maklumat saksi, si suami yang merupakan pemilik kereta tersebut sebelum itu melanggar isterinya selepas wanita berkenaan menangkap dia berkelakuan curang di dalam kereta.

Orang ramai yang mendapat tahu mengenai perkara itu kemudian bertindak menghentikan kereta dipandu si suami dan cuba membelasahnya.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Menakutkan. Dari hari ke hari, semakin banyak kes curang,” kata seorang netizen.



“Semakin ramai yang menjadi popular disebabkan berlaku curang. Hairan sekali,” kata pengguna lain. – Agensi

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pernah nampak arwah berjasa – Rita Rudaini



Diana beri bayangan hubungan dengan Farid

Ustaz Don Suruh Dengar Lagu Coldplay ‘Fix You’ (Video)



Mawi muntah darah, mati sekejap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker