TikToker Buat ‘Content’ Kentut Di Speaker Kapal TLDM [VIDEO]

Netizen Gesa Tindakan Diambil

TikToker Buat ‘Content’ Kentut Di Speaker Kapal TLDM

TikToker Buat ‘Content’ Kentut Di Speaker Kapal TLDM

Baru-baru ini, seorang content creator di TikTok mengundang kecaman ramai gara-gara menghasilkan video yang dianggap menghina aset keselamatan negara dan institusi ketenteraan.

Video tersebut difahamkan telah dipadam namun dikongsi semula oleh pengguna media sosial yang lain. Dalam rakaman itu, kelihatan TikToker dikenali sebagai Zuraidah Nasir naik ke atas kapal semasa Hari Terbuka Armada.



@nizamlanun

semoga TLDM sentiasa gah #navypeople🇲🇾⚓

♬ bunyi asal – nizamlanun – nizamlanun

Apa yang membuatkan orang ramai tak berpuas hati adalah apabila TikToker ini berlakon seolah-olah sakit perut dan kentut di sistem pembesar suara di dalam kapal itu.



Pengguna TikTok, Fakhrin Tokai yang memberi reaksi kepada video itu meluahkan rasa terkejut dengan kandungan menghina tersebut.

@fakhrintokai

Nak buat konten jangan sampai menghina. Yang dalam uniform hati-hati dengan konten anda. #tenteralautdirajamalaysia #angkatantenteramalaysia #royalmalaysiannavy #fakhrintokai #tldm

♬ original sound – Fakhrin Tokai – Fakhrin Tokai



Beliau meluahkan rasa sedih apabila beberapa orang anggota tentera dipercayai turut terlibat dalam penghasilan video. Menurut maklumat yang diterimanya, anggota tersebut telah dipanggil untuk disoal siasat.


Baca Artikel Menarik:

Ahirine – Tuduhan ‘penyondol’ jejas nama baik


Jelasnya, anggota tentera yang terlibat mungkin akan dikenakan tindakan disiplin di atas faktor tingkah laku yang menjejaskan perkhidmatan.



Difahamkan, TikToker berkenaan telah tampil membuat permohonan maaf selepas teruk dikecam orang ramai.

Kredit: TikTok Fakhrin Tokai

TikToker Buat ‘Content’ Kentut Di Speaker Kapal TLDM


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker