‘Tak sangka markas UMNO jadi tempat penyatuan semua parti’ – Ketua Wanita PKR

 

KUALA LUMPUR – Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fadhlina Sidek tidak menyangka Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang merupakan markas seteru politk lamanya itu UMNO, kini menjadi tempat menyatukan kesemua parti kerajaan di bawah Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan.

Ahli Parlimen Nibong Tebal itu berkata, ia secara tidak langsung mencerminkan kesatuan seluruh gagasan tersebut serta persediaan lebih kukuh bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.



“Rakan-rakan seperjuangan, tidak tergambar ini dewan bermastautin UMNO/BN ini bermukimnya kekuatannya Wanita Perpaduan. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada mereka yang hadir pada hari ini.

“Ayuh pulang dengan penuh iltizam untuk menang di enam negeri pada PRN,” katanya ketika memberi ucapan semasa Konvensyen Wanita Perpaduan di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Pendidikan turut menyentuh mengenai sekolah daif yang sering menjadi isu.

Jelasnya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memastikan masalah tersebut dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin bagi memastikan setiap pelajar tanpa mengira bangsa dan agama dapat menikmati pendidikan dengan lebih selesa.



Ujar Fadhlina, perkara tersebut selaras dengan enam Rukun Madani yang diterapkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Agenda ini harus dipastikan sampai ke seluruh rakyat jelata, ia merupakan komitmen kita sebagai Kerajaan Perpaduan,” jelas beliau.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pernah nampak arwah berjasa – Rita Rudaini



Diana beri bayangan hubungan dengan Farid

Ustaz Don Suruh Dengar Lagu Coldplay ‘Fix You’ (Video)



Mawi muntah darah, mati sekejap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker