Tok Mat runding, putus agihan kerusi di Kelantan, Terengganu – Zahid

Tok Mat runding, putus agihan kerusi di Kelantan, Terengganu – Zahid

Presiden Umno Zahid Hamidi menyerahkan kepada Pengarah Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan untuk membuat keputusan dan melakukan rundingan pembahagian kerusi di Kelantan dan Terengganu untuk pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Zahid berkata keputusan termasuk sama ada mahu menyerahkan kerusi yang dimenangi Umno kepada rakan baharu dalam Pakatan Harapan (PH) atau sebaliknya.

“Saya menyerahkan kebijaksanaan perundingan ini kepada timbalan presiden Umno dan juga timbalan pengerusi BN (Mohamad) untuk kebijaksanaan itu diterjemahkan dengan sebaik-baiknya,” katanya kepada pemberita di Sambutan Ulang Tahun Umno ke-77 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC).

Zahid berkata demikian ketika ditanya sama ada Umno akan menyerahkan kerusi yang dimenanginya di kedua-dua negeri itu kepada sekutu barunya PH atau tidak.

Katanya, BN juga terbuka mendengar pandangan dari PH dalam menentukan pembahagian kerusi.

Pada pilihan raya umum ke-14, PH kalah di semua kerusi DUN yang ditandingi di Kelantan dan Terengganu.

Bagaimanapun, BN menang lapan daripada 45 DUN di Kelantan dan 10 kerusi di Terengganu. FMT

Tok Mat runding, putus agihan kerusi di Kelantan, Terengganu – Zahid

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Sarah Rasa Nak Matilah, Macam Malaikat Dah Duduk Sebelah”(Video)

Angel Dolla bercinta dengan Nadhir Nassar

Janna Nick nikahi Dini Schatzmann di Langkawi 10 Jun

Bapa sanggup putus hubungan – Mark Adam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker