Pencuri beg jemaah masjid ditahan selepas menyamun lagi

Operasi SAR mangsa dibaham buaya oleh pasukan bomba dan agensi lain dilakukan di sekitar Sungai Rawog, Beluran.

KOTA BHARU – Lelaki yang dikehendaki polis kerana mencuri beg seorang jemaah lelaki di Masjid Muhammadi ditahan selepas menyamun seorang pesara kastam ketika mangsa memancing di Saliran Sungai Budor di sini pada Selasa.

Ketika kejadian jam 11.40 petang itu, mangsa yang memancing berseorangan tiba-tiba didatangi oleh suspek.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, suspek bertindak menekan kepala mangsa sehingga menyebabkannya jatuh tertiarap.

“Lelaki itu kemudian mengambil barangan mangsa dan melarikan diri bersama kereta Proton Saga milik mangsa,” katanya melalui kenyataan pada Rabu.



Menurut beliau, mangsa membuat laporan polis pada jam 2.02 petang.

“Sejam kemudian sepasukan polis menahan suspek yang sedang bersembunyi di kawasan semak di Jalan Kampung Sungai Keladi.

“Jarak suspek ditahan kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian dan polis turut menemui kenderaan serta barangan milik mangsa,” katanya.

Tambah beliau, siasatan mendapati suspek berusia 39 tahun dan tidak bekerja positif methamphetamine.



Katanya, suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, polis giat mengesan seorang lelaki berumur 30-an yang disyaki mencuri beg di Masjid Muhammadi dan video mengenai kejadian juga tular.

Video berdurasi 14 saat itu menunjukkan suspek memakai seluar hitam, berbaju kemeja putih serta berkopiah.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah Lebih Cantik Pakai Baju Nikah – Netizen



Cincin tunang Shuib & Watie, lain dari yang lain

Nak beli mainan dengan adik, budak 6 tahun pandu kereta sejauh 2.5 km mengalami kemalangan [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker