Dakwaan kes rompakan dan pukul berkumpulan di Segambut, Ini komen polis

Kejadian rompakan serta pukul secara berkumpulan itu berlaku di Brazil pada bulan April lalu.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan video tular seorang lelaki didakwa dirompak lalu dicederakan oleh beberapa individu di sebuah stesen kereta api di Segambut.

Klip berdurasi 41 saat berkenaan ditularkan dengan mesej “Segambut public transport at night’.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, hasil semakan mendapati video berkenaan adalah insiden yang berlaku di Brazil pada April 2023.

Menurut beliau, video insiden berkenaan telah disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan dakwaan ianya berlaku di Kuala Lumpur.



Justeru, polis menasihati orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan berita yang tidak berasas dan tidak ditentukan kesahihannya.

“Orang ramai turut diminta tidak menyebar mahupun berkongsi lanjut sebarang maklumat sedemikian untuk mengelakkan kegusaran dan keresahan di kalangan masyarakat.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang di dalam negara ini,” jelasnya.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat terhadap insiden ini boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah Sentul di 03-40482222.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak



Jasmine dedah fantasi sebenarnya

ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker