Messi ditawarkan RM1.8 bilion jika berpindah ke Arab Saudi

Messi ditawarkan RM1.8 bilion jika berpindah ke Arab Saudi

Penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Lionel Messi bakal menikmati perjanjian bernilai 320 juta pound (RM1.8 bilion) setahun jika dia memutuskan untuk meninggalkan Eropah dan beralih ke Arab Saudi pada musim panas ini.

Bintang Argentina itu hampir pasti akan meninggalkan PSG apabila kontraknya tamat Jun ini selepas berdepan konflik baharu gara-gara terlepas sesi latihan.



Walaupun banyak kelab lain memantau situasi Messi, namun Liga Pro Saudi akan memberi tawaran paling menguntungkan kepadanya.

Menurut The Telegraph, wakil Messi sudah pun memulakan rundingan mengenai perpindahan ke Arab Saudi, dengan kerajaan negara itu dikatakan terlibat dalam perbincangan.

Salah satu destinasi berpotensi untuk pemain berusia 36 tahun itu ialah Al-Hilal, yang merupakan saingan kepada kelab yang dianggotai Cristiano Ronaldo, Al-Nassr.

“Perbincangan dengan wakil Messi, yang diketuai bapanya Jorge, sedang dijalankan apabila pemain itu menjadi ejen bebas pada akhir Jun selepas tamat kontrak dengan Paris Saint-Germain.



“Terdapat perbincangan bahawa keseluruhan pakej itu mungkin bernilai AS$400 juta setiap tahun (320 juta pound) melebihi 165 juta pound (RM924 juta) yang dibayar kepada Cristiano Ronaldo setiap tahun untuk bermain di Saudi sehingga musim panas 2025,” dedah The Telegraph.

Musuh tradisi Al-Nassr ialah Al-Hilal, itu bermakna Ronaldo dan Messi akan memperbaharui permusuhan sembilan tahun ketika masing-masing menyarung jersi Real Madrid serta Barcelona jika perpindahan itu menjadi kenyataan. AGENSI

Messi ditawarkan RM1.8 bilion jika berpindah ke Arab Saudi

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bergegar-gegar Watie naik kuda (Video)

Hattan vs Nursyazwani: Niat betul cara salah



Suami Heliza jawab tuduhan sebagai scammer



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker