Bayi dilahirkan dengan dua zakar
Bayi dilahirkan dengan dua zakar
Islamabad: Seorang bayi lelaki Pakistan yang dilahirkan dengan dua zakar mengejutkan pakar perubatan kerana kemungkinan boleh menggunakan kedua-dua organ itu.
Bayi itu dilahirkan dengan kes diphallia, keadaan yang menjejaskan satu daripada enam juta bayi.
Selalunya bayi menjalani pembedahan untuk membuang satu zakar tetapi kali ini, pakar bedah meninggalkan kedua-dua organ itu dan tidak jelas mengapa mereka berbuat demikian.
Bayi itu juga boleh membuang air kecil dari kedua-dua zakarnya dengan satu zakar berukuran satu sentimeter (cm) lebih besar berbanding satu lagi. .
Pakar bedah juga melakukan kolonoskopi supaya bayi Pakistan itu boleh membuang najis kerana dia dilahirkan tanpa dubur.
Imbasan mendedahkan, dia mempunyai satu pundi kencing yang melekat pada dua uretra yang menyebabkannya mengeluarkan air kencing dari kedua-dua zakar.
Pakar bedah mengalihkan satu hujung kolonnya melalui lubang di bahagian bawah kiri perut, untuk membolehkannya membuang air besar.
Jurnal perubatan baru-baru ini mendedahkan laporan bayi itu yang dirawat di Hospital Kanak-kanak di Institut Sains Perubatan Pakistan.
Jurnal mendedahkan, risiko dan kematian lebih tinggi dikaitkan dengan diphallia adalah kerana anomali yang disertakan pada sistem urogenital dan gastrousus (pencernaan).
Hanya 100 kes diphallia pernah direkodkan dalam sejarah dengan bayi lelaki yang dilahirkan selepas 36 minggu adalah salah satu contoh terbaharu kes jarang berlaku. HM
Bayi dilahirkan dengan dua zakar
Baca Artikel Menarik:
- Ini permintaan terakhir arwah Mael XPDC
- Buruh durjana ceroboh kuarters kerajaan rogol penjawat awam
- Membuka kisah rumah terbuka dan kekalutan PAS dan PN
- Kemana Sugu Pavithra Menghilang?
- Jangan nak buat muka sedih – Isteri Nd Lala
- Zara Zya dedah cerita sebenar Bubble Bee
- Ini Gaji Sebenar Imam Besar Masjidil Haram
- Zeti perlu dipertanggungjawabkan dalam skandal 1MDB
- Jalan kaki nak beraya dengan cucu kerana tiada duit tambang
- ND Lala beraya di mana? Syada Amzah kongsi keadaan sambut Aidilfitri penuh kesedihan
- Tol percuma ketika raya, rakyat Indonesia benar-benar terkejut sambil berkata untung jadi rakyat Malaysia
- Carikan pendakwah untuk saya – isteri Hafidz Roshdi
- David Teo beri ‘tazkirah’ isu buka tudung isteri Haqiem Rusli
- Meghan Trainor trauma sakit zakar suami terlalu besar
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen
You must be logged in to post a comment.