Trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan, Karak sesak teruk

Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan dan Kuala Lumpur-Karak (KLK) dilaporkan semakin sesak ekoran pertambahan kenderaan sempena cuti sekolah dan Hari Pekerja.

Menerusi Twitter Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), kesesakan lalu lintas di lebuh raya utama itu melibatkan kedua-dua arah.

“Bagi KLK, aliran trafik perlahan dari Plaza Tol Bentong ke Bukit Tinggi dan dari kawasan rehat dan rawat (R&R) Gombak ke Plaza Tol Gombak.

“Dari sebelah utara pula, trafik perlahan dari Pedas Linggi ke Port Dickson dan dari Ayer Keroh ke Simpang Ampat,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, dari selatan, trafik dilaporkan perlahan bagi laluan Gopeng ke Tapah, Bukit Gantang ke Bukit Berapit dan Perai ke R&R Juru.

Sehubungan itu, LLM mengaktifkan lorong ‘Smartlane’ di Kilometer (KM) 259 hingga KM 262.3 arah Utara di antara Port Dickson ke Seremban

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof

Jasmine tukar agama di India?

Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker