Ibu bapa anggap MRSM dan SBP jamin masa depan anak-anak
Ramai ibu bapa beranggapan anak-anak mereka perlu ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi menjamin masa depan dan menganggap sekolah biasa tiada keistimewaan.
Melanjutkan pelajaran ke sekolah dianggap ‘elit’ itu didakwa mempunyai silibus yang lebih bagus dan pengajiannya lebih tersusun dan berfokus.
Seorang pekerja swasta yang mesra disapa Hajalina, 38, menganggap sekolah harian biasa tidak mempunyai sebarang keistimewaan disebabkan pelajar tidak perlu bersaing untuk belajar di situ.
Katanya, jika seseorang pelajar itu gagal di peringkat rendah sekali pun, dia masih layak berada di sekolah menengah tanpa sebarang halangan dan persaingan.
“Sekolah harian biasa semua pelajar boleh masuk, tiada yang istimewa, tak beri satu kebanggaan kepada ibu bapa yang sememangnya mahukan yang terbaik buat anak mereka.
“Pendapat saya sendiri, melanjutkan pelajaran peringkat menengah di MRSM dan SBP beri satu jaminan sebagai pelajar berkualiti apabila silibus yang diajar di sana berbeza dengan pembelajaran di sekolah menengah biasa,” katanya kepada Kosmo!.
Kata ibu kepada dua anak itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk membentuk personaliti serta kemampuan anak-anak agar mereka cenderung untuk belajar dan memberi yang terbaik dalam pelajaran.
“Seperti saya yang letakkan tanda aras untuk anak berjaya ke MRSM atau SBP, saya akan kawal apa mereka makan, apa mereka buat, apa mereka baca dan apa mereka belajar, supaya keinginan saya dan suami untuk lihat mereka berjaya mendapat tempat ke MRSM dan SBP tercapai.
“Anak-anak kita ini manja, kalau tidak serius dengan mereka, mereka akan main-main belajar.
“Alhamdulillah, sekarang ini dua-dua anak di tingkatan dua dan tingkatan empat sedang belajar di dua buah MRSM berbeza,” ujarnya.
Mempunyai pendapat sama, pegawai perubatan, Mohd. Azizi Md Isa, 41, merasakan belajar di sekolah elit seperti MRSM dan SBP akan mendorong anak-anak untuk lebih bersaing dalam pelajaran.
Jelasnya, ia disebabkan sistem pembelajaran yang diamalkan di sekolah tersebut sangat teratur dan berjadual.
“Pelajar yang dapat masuk MRSM dan SBP pastinya mereka yang memperolehi keputusan cemerlang semasa darjah enam atau tingkatan tiga.
“Jika di sekolah harian ini, ramai lagi pelajar yang sekadar datang sekolah tanpa hala tuju selain membawa pengaruh negatif kepada pelajar lain dan situasi ini mungkin akan mengganggu fokus pelajar lain untuk belajar,” jelasnya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ini permintaan terakhir arwah Mael XPDC
- Buruh durjana ceroboh kuarters kerajaan rogol penjawat awam
- Membuka kisah rumah terbuka dan kekalutan PAS dan PN
- Kemana Sugu Pavithra Menghilang?
- Jangan nak buat muka sedih – Isteri Nd Lala
- Zara Zya dedah cerita sebenar Bubble Bee
- Ini Gaji Sebenar Imam Besar Masjidil Haram
- Zeti perlu dipertanggungjawabkan dalam skandal 1MDB
- Jalan kaki nak beraya dengan cucu kerana tiada duit tambang
- ND Lala beraya di mana? Syada Amzah kongsi keadaan sambut Aidilfitri penuh kesedihan
- Tol percuma ketika raya, rakyat Indonesia benar-benar terkejut sambil berkata untung jadi rakyat Malaysia
- Carikan pendakwah untuk saya – isteri Hafidz Roshdi
- David Teo beri ‘tazkirah’ isu buka tudung isteri Haqiem Rusli
- Meghan Trainor trauma sakit zakar suami terlalu besar
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.