Bina Umno progresif, tolak politik toksik – Zahid

Bina Umno progresif, tolak politik toksik – Zahid

Menjelang ulang tahun Umno ke-77, Presiden Zahid Hamidi menggesa ahlinya membina parti yang progresif dengan menolak politik toksik pembangkang.

Zahid mendakwa, musuh tidak henti-henti cuba menyebarkan propaganda kerana tidak senang dengan kedudukan Umno, sebagai sebahagian daripada kerajaan perpaduan.



“Mari kita jayakan tatakelola politik baharu yang matang dan segar agar Umno menjadi sebuah parti yang berdisiplin, mendahului kepentingan parti, mendahului kepentingan individu, cekap dan efisien, seterusnya membuktikan kepada rakyat bahawa parti ini tidak akan sesekali mensia-siakan harapan rakyat.

“Kita raikan suara akar umbi, gabungan suara anak muda dan dewasa, membina generasi pelapis masa depan bagi melangkah ke depan,” katanya dalam kenyataan sempena ulang tahun ke-77 parti itu.

Zahid berkata, kepelbagaian dalam Umno merupakan perkara perlu diraikan, bukan dijadikan jurang pemisah atau tembok politik perkauman sempit.

“Seterusnya marilah kita jalin dengan semangat muhibah, setiakawan untuk kita bina parti ini dengan kekuatan yang padu dan satu,” katanya.



Beliau turut mengingatkan akar umbi Umno PRU15 bukan satu anugerah, sebaliknya demokrasi adalah hak rakyat.

“Sempadan ruang demokrasi bukan ditentukan oleh pemerintah. Demokrasi hanya akan diperolehi melalui perjuangan rakyat,” katanya.
FMT

Bina Umno progresif, tolak politik toksik – Zahid

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Sarah Rasa Nak Matilah, Macam Malaikat Dah Duduk Sebelah”(Video)

Angel Dolla bercinta dengan Nadhir Nassar



Janna Nick nikahi Dini Schatzmann di Langkawi 10 Jun

Bapa sanggup putus hubungan – Mark Adam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker