Trend Servis Jadi ‘Peneman’ Ketika Raya Buat Makin Menjadi

Trend Servis Jadi ‘Peneman’ Ketika Raya Buat Makin Menjadi

Trend Servis Jadi ‘Peneman’ Ketika Raya Buat Makin Menjadi

Bila tiba Hari Raya, ramai di kalangan individu yang masih bujang bimbang jika disoal mengenai jodoh atau pun sudah berpunya. Hal ini sekaligus mendorong segelintir individu untuk berbohong dan meminta seseorang untuk menyamar menjadi teman istimewa.

Perkara ini telah mencuri perhatian ramai apabila tular di Twitter dengan trend penawaran servis sebagai peneman raya atau dalam bahasa mudah khidmat sebagai teman wanita sewa dengan berpura-pura menjadi kekasih pada harga serendah RM100 sahaja.

Menerusi ciapan yang dibuat oleh akaun @AmirulRuslam, beliau menyatakan trend itu sebagai merosakkan apabila tiada lagi sifat malu oleh seseorang wanita Muslimah.

Apa yang lebih mengejutkan lagi apabila terdapat juga servis memegang tangan dengan caj tambahan serendah RM10. Perkara ini sememangnya ditegah oleh agama kita lebih-lebih lagi bersentuhan yang bukan mahram dengan sengaja.

Walaupun ada yang menggangap ia sebagai trend atau gurauan untuk servis sedemikian, ia merupakan satu trend yang merosakkan sifat malu seseorang muslim itu.


Baca Artikel Menarik:


Malah, beliau turut menyifatkan begitu murahnya maruah diri dan kehormatan seseorang itu. Jadi, tidak hairanlah apabila berlakunya maksiat ada yang seperti berbangga dengan perbuatan keji itu.

Meninjau ke ruangan komen, majoriti pengguna bersetuju bahawa ia merupakan satu ikutan yang kurang baik. Malah ada juga menyatakan ia tidak sewajarnya dijadikan sebagai bahan lawak jenaka atau gurauan.

Kita sebagai seorang Muslim mestilah mempunyai pedoman hidup yang berlandaskan Shariah. Malah, ajaran agama telah mengatakan sifat malu itu sendiri merupakan sebahagian daripada Iman. Vc

Trend Servis Jadi ‘Peneman’ Ketika Raya Buat Makin Menjadi

Alya Iman Tanggal Tudung Sebab Tak Nak Hipokrit Adalah Standard Pemikiran Liberal & Sesat – PU Syed


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof

Jasmine tukar agama di India?

Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker