Daihatsu mengaku ‘bersalah’ ubah suai Perodua Axia, Toyota Vios 2023

Daihatsu mengaku ‘bersalah’ ubah suai Perodua Axia, Toyota Vios 2023

DAIHATSU Motor Company, anak syarikat Toyota Motor mengesahkan syarikat itu telah melakukan ‘kesalahan’ dalam ujian perlanggaran membabitkan empat kenderaan, termasuk model Perodua Axia 2023 dan Toyota Vios 2023 yang djual di Malaysia.

Syarikat itu didakwa membuat pengubahsuaian terhadap bahagian panel sisi pintu ketika kenderaan tersebut dihantar untuk ujian keselamatan walaupun model yang dipasarkan tidak menjalani pengubahsuaian tersebut.



Sebanyak 88,000 unit kereta di bawah Toyota tersebut telah dipasarkan di seluruh dunia.

Syarikat itu mengesahkan membuat pengubahsuaian terhadap sebuah ‘takik’ (notch) untuk meminimumkan risiko panel pintu tersebut boleh pecah ketika sesi ujian kemalangan diadakan dan terhasilnya bucu tajam yang akan mencederakan ketika beg udara sisi diaktifkan.

Model yang terjejas termasuk Toyota Yaris Ativ buatan Thailand dari Ogos lalu dan Perodua Axia yang dikeluarkan di Malaysia bermula dari Februari.

Daripada 88,000 kenderaan itu, kira-kira 76,000 adalah model Yaris terutamanya untuk negara Thailand, Mexico dan Majlis Kerjasama Teluk (Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, Qatar, Bahrain, Oman) serta kira-kira 11,800 kereta Perodua Axia 2023 yang dijual di Malaysia.



Memetik laporan Reuters, Pengerusi Toyota, Akio Toyoda berkata, kejadian itu tidak boleh diterima kerana melanggar kepercayaan pelanggan.

“Kami sedang menyiasat bagaimana panel sisi Yaris dan model lain telah ditukar untuk ujian keselamatan dan memohon maaf atas apa yang berlaku kerana dilihat sebagai pencabulan ke atas kepercayaan pengguna,” katanya.

Bagaimanapun, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kemalangan atau kecederaan yang berkaitan dengan ujian kemalangan.

Tambah beliau, siasatan secara terperinci akan dilakukan, namun memerlukan sedikit masa. Utv



Daihatsu mengaku ‘bersalah’ ubah suai Perodua Axia, Toyota Vios 2023

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof



Jasmine tukar agama di India?

Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker