Jonathan Meijer punyai 550 anak, kini dilarang derma air mani
AMSTERDAM, Belanda – Seorang lelaki Belanda yang disyaki mempunyai lebih 550 anak di seluruh dunia melalui pendermaan air mani diarah oleh sebuah mahkamah supaya menghentikan aktivitinya, lapor portal berita Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam.
Lelaki bernama Jonathan dan berusia 41 tahun itu boleh didenda lebih €100,000 (RM496,327) jika ingkar.
Dia pernah dilarang menderma sperma kepada sebuah klinik kesuburan di Belanda pada 2017 selepas diketahui mempunyai lebih 100 anak.
Namun, Jonathan berdegil dan menderma spermanya ke luar negara menerusi perkhidmatan online.
Sebuah mahkamah di The Hague memerintahkan Jonathan supaya menyediakan senarai semua klinik yang menggunakan khidmatnya. Semua sperma lelaki itu juga diarah dimusnahkan, manakala dia dikatakan telah memperdayakan ratusan wanita.
Garis panduan klinikal Belanda menyatakan bahawa penderma tidak seharusnya menjadi bapa kepada lebih 25 anak tetapi hakim mahkamah tersebut berkata, Jonathan memiliki antara 550 dan 600 orang anak sejak dia mula menderma sperma pada 2007.
Dia dihadapkan ke mahkamah selepas sebuah yayasan melindungi hak kanak-kanak dan ibu kepada salah seorang kanak-kanak yang didakwa hasil daripada pendermaan spermanya mengemukakan pendakwaan.
Lebih 100 anak lelakinya dilahirkan di klinik Belanda, manakala baki yang lain dilakukannya secara peribadi.
Dia juga menderma kepada sebuah klinik Denmark yang kemudian menghantar air maninya ke alamat di pelbagai negara. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ini permintaan terakhir arwah Mael XPDC
- Buruh durjana ceroboh kuarters kerajaan rogol penjawat awam
- Membuka kisah rumah terbuka dan kekalutan PAS dan PN
- Kemana Sugu Pavithra Menghilang?
- Jangan nak buat muka sedih – Isteri Nd Lala
- Zara Zya dedah cerita sebenar Bubble Bee
- Ini Gaji Sebenar Imam Besar Masjidil Haram
- Zeti perlu dipertanggungjawabkan dalam skandal 1MDB
- Jalan kaki nak beraya dengan cucu kerana tiada duit tambang
- ND Lala beraya di mana? Syada Amzah kongsi keadaan sambut Aidilfitri penuh kesedihan
- Tol percuma ketika raya, rakyat Indonesia benar-benar terkejut sambil berkata untung jadi rakyat Malaysia
- Carikan pendakwah untuk saya – isteri Hafidz Roshdi
- David Teo beri ‘tazkirah’ isu buka tudung isteri Haqiem Rusli
- Meghan Trainor trauma sakit zakar suami terlalu besar
Layari Laman Facebook MYKMU.NET