Bakal pengantin berbogel di tengah jalan raya

Seorang wanita (kiri) berbogel selepas mendapati kekasihnya menipu dirinya di Jiangsu pada 17 April lalu. – Foto Sanook

BEIJING  – Seorang bakal pengantin di China berbogel di tengah jalan raya yang sibuk selepas mendapati tunangnya berlaku curang, lapor portal berita Thaiger semalam .

Insiden yang menarik perhatian itu berlaku pada 17 April lalu di wilayah Jiangsu.

Orang ramai yang lalu lalang terkejut, cemas dan bingung melihat wanita muda itu berdiri di tengah jalan raya tanpa seurat benang.

Dia kelihatan sangat tertekan, bingung dan tidak dapat mengawal tindakan serta kata-katanya.

Kisah di sebalik tindakan melampau wanita itu sangat menyayat hati.

Dia  menjalin hubungan cinta dengan tunangnya selama bertahun-tahun tanpa menyedari kecurangan lelaki itu. Mereka merancang untuk berkahwin pada 1 Mei ini.

Sebelum acara besar itu berlaku, wanita muda itu secara tidak sengaja mendapati tunangnya telah menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain sejak sekian lama.

Lelaki itu juga menggunakan wang mangsa untuk menyokong kehidupan perempuan simpanannya dan juga memandu kereta yang dibelinya baru-baru ini.

Akhirnya, dengan bantuan polis tempatan, wanita muda itu bersetuju untuk beredar  dan pulang ke rumahnya.  – Agensi

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kalau Shuib buat perangai, Watie sedia hadapi dugaan

Mira dedah cerita cinta dengan View Chin

Ameera Khan jadi pengantin tahun depan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker