Ramly Abu Bakar meninggal dunia

Pelantun suara iklan era 1980-an

Ramly Abu Bakar meninggal dunia

Penyampai suara latar iklan dan pengacara popular era 1970-an dan 1980-an, Ramly Abu Bakar, meninggal dunia pada usia 78 tahun, awal pagi tadi.

Berita sedih itu dikongsi selebriti, Darling Ngasri di Facebook (FB), hari ini, selepas berita pemergian Ramly dimaklumkan anak sulung Allahyarham Ramly.



“Allahyarham meninggal dunia kira-kira jam 2.30 pagi tadi di rumah anaknya, di Kundang, Rawang.

“Jenazah akan dimandi dan dikafankan di Masjid Nurul Yakin, Kampung Permata Kundang sebelum disolatkan selepas solat Zohor,” menurut hantarannya di FB.

Bagaimanapun, punca kematian penyampai berita televisyen (TV) veteran itu tidak dinyatakan.

Sementara itu, HM Online melaporkan, Darling yang pernah bekerjasama dengan arwah menggambarkan Ramly yang dipanggil ‘Uncle Ramly’ sebagai individu peramah.



“Sebelum itu, memang arwah uncle (Ramly) selalu berhubung dengan saya menerusi panggilan telefon dan kiriman mesej. Arwah memang sangat peramah.

“Tambahan pula, pejabat lamanya adalah di atas pejabat saya di Jalan Ipoh. Jadi, kami berjiran. Selepas arwah berhenti, apa yang saya tahu, arwah aktif dengan jualan jenama Amway,” katanya.

Darling berkata, kali terakhir mereka bekerjasama adalah kira-kira enam tahun lalu untuk penerbitan iklan.

“Ketika itu, turut terbabit adalah pelakon, Fauziah Nawi dan kami bekerjasama untuk satu projek iklan.



“Walaupun sudah tidak berjiran, ada juga beberapa individu yang menghubungi saya untuk mendapatkan nombor telefon arwah kerana mahu tawarkan pekerjaan sebagai pengisi suara latar.

“Lebih kurang sebulan lalu, saya ada nampak iklan di TV untuk suatu jenama yang menggunakan suara Uncle Ramly. Maksudnya, arwah memang masih aktif dengan kerja sebagai pelakon suara latar,” katanya.

Allahyarham Ramly pernah bertugas sebagai penyampai berita RTM pada awal 1970-an. Dengan keunikan suaranya, arwah terkenal sebagai ‘suara emas’ kerana meminjamkan suara sebagai suara latar dalam pelbagai iklan radio dan TV.

Antara iklan yang hingga kini masih segar dalam ingatan peminatnya adalah iklan produk tembakau Dunhill, selain suaranya digunakan dalam mempromosikan rancangan TV.



Allahyarham Ramly juga pernah berlakon bersama Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee menerusi filem berjudul Gagak Hitam sebagai watak pembaca berita, selain membintangi filem Menanti Hari Esok arahan dan lakonan, Allahyarham Tan Sri Jins Shamsudin pada 1977. BH

Ramly Abu Bakar meninggal dunia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?

Ibu maafkan kau Sol, tapi….



Amelia sertai Miss Universe Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker