Isteri Saifuddin sindir Nik Nazmi
Isteri Saifuddin sindir Nik Nazmi
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad menjadi sasaran oleh seorang isteri bekas menteri kabinet kerana membawa anak-anaknya ke majlis ramah mesra Aidilfitri di Istana Negara, semalam.
Perkara itu dibangkitkan oleh Norlin Shamsul Bahri, isteri bekas menteri luar Saifuddin Abdullah yang kini adalah ahli politik Bersatu dan pernah berkhidmat bersama Umno dan PKR.
“Wah majlis rasmi bawa anak beranak ke istana negara.. tak tahu protokol ke pak menteri?” tulis Norlin sebagai mengulas gambar yang dimuatnaik oleh Nik Nazmi di akaun Instagramnya.
Menjawab sindiran itu, Nik Nazmi menulis bahawa dia sekadar memenuhi jemputan.
“Jemputan dari istana untuk bawa isteri, anak dan cucu.
“Tapi, saya tiada cucu, jadi bawa anak dan isteri,” balasnya.
Majlis Ramah Mesra Aidilfitri di Dewan Santapan Utama, Istana Negara, adalah bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Majlis itu dihadiri oleh kira-kira 2,000 orang, antara lain, termasuk beberapa menteri kabinet, perwakilan asing, dan tokoh terkenal daripada komuniti perniagaan.
Ada di kalangan warga maya yang kemudiannya memaklumkan kepada Norlin bahawa gambar-gambar di laman Facebook Istana Negara menunjukkan terdapat juga ramai kanak-kanak lain pada majlis berkenaan.
Wartawan yang menerima jemputan tersebut juga mengesahkan bahawa anak-anak mereka turut dijemput. Mk
Isteri Saifuddin sindir Nik Nazmi
Baca Artikel Menarik:
- Sol tak balik raya, kami reda – Yusof Haslam
- View Chin fitnah, tunggu tindakan saya – Ah Moi
- View Chin pukul Ah Moi
- 2 singa sarkas terlepas kandang ketika persembahan [VIDEO]
- SPRM buru Siti Liyana
- Rakan Mahathir tak malu jadi bankrap
- Adam Lee mengamuk di kedai karpet [VIDEO]
- Syamsul kaki pusing cerita – Puteri Sarah
- Ah Moi letak syarat, minta View Chin pecat orang ketiga
- Nafkah anak minta diskaun, berbini dua boleh pulak
- Anak sulung Puteri Sarah sambut hari jadi tanpa kelibat ayah
- Tak sesalkah mereka runtuhkan masjid?
- Puteri Sarah Dianggap Melampau Tak Tutup Aib Suami
- Waran tangkap jika Ustaz Wadi tidak hadir 2 Mei ini
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Amelia sertai Miss Universe Malaysia
You must be logged in to post a comment.