Farid Kamil berjaya bawa Muhammad balik kampung beraya

Farid Kamil berjaya bawa Muhammad balik kampung beraya

Farid Kamil berjaya bawa Muhammad balik kampung beraya
Farid Kamil berjaya bawa Muhammad balik kampung beraya

PETALING JAYA – Biar hanya dapat membawa seorang sahaja anaknya pulang ke kampung di Kedah  meraikan 1 Syawal, hari raya pelakon dan pengarah, Farid Kamil tetap bermakna.

Pelbagai aktiviti dilakukan bersama permata hati serta anggota keluarga sebaik tiba di desa tercinta di Sungai Petani termasuk ambil angin di sebuah pusat peranginan.

Malah Farid sempat berkongsi pengertian penutup Ramadan dengan memuat naik hantaran berkenaan rutin keluarga besarnya yang bersolat jemaah apabila berkumpul beramai-ramai.

“Selamat malam hari raya. Semoga ibadah Ramadan tetap diteruskan. Insya-Allah,” tulisnya menerusi perkongsian yang dimuatnaik malam tadi.

Suami kepada aktres Diana Danielle itu muat naik momen yangaa memperlihatkan anak sulungnya, Muhammad, 10, di saf hadapan dengan sepupunya, Mateen yang juga putera kepada Fadzil Zahari dan Yana Samsudin.


Baca Artikel Menarik:


Menerusi hantaran di Insta Story pula,  Farid, 42, memuat naik video Muhammad sedang melaungkan azan di kediaman orang tuanya.

Sebelum itu, mereka anak beranak kelihatan meluangkan masa bersama di sebuah pusat peranginan. 

Terdahulu, Farid yang berhadapan kemelut perkahwinan dengan Diana sehingga membawa pasangan terbabit ke mahkamah menyuarakan hasrat ingin pulang berhariraya dengan Diana dan dua anak mereka.

Ini kerana isterinya yang memfailkan cerai pada 10 Mac lalu dengan alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq enggan lagi bersemuka dengannya selepas menolak tawaran perdamaian ditawarkan Farid.

Dia menegaskan enggan membuat sebarang tuntutan kecuali hak penjagaan anak dan dilepaskan cara baik.


Baca Artikel Menarik:


Begitupun, menerusi peguamnya, Diana telah memberi kebenaran untuk Farid mengambil kedua-dua anak mereka termasuk Nur Aurora untuk cuti Hari Raya.

Pada 11 April lalu Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menetapkan 25 Mei depan sebagai tarikh prosiding sulh kedua buat pasangan berkenaa

Farid Kamil berjaya bawa Muhammad balik kampung beraya

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?

Ibu maafkan kau Sol, tapi….

Amelia sertai Miss Universe Malaysia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker